Saturday, December 31, 2011

Juara Maharaja Lawak Mega : Osbon!!!


Assalamualaikum...walaupun x dapat menonton secara live di astro tapi dengan kemudahan live streaming malam tadi dapat jugak layan gelak dengan persembahan-persembahan yang ditunjukkan oleh otai-otai pelawak dari 3 buah negara. X sangka jugak dapat tengok guna internet...hihihih...sebab broadband aku kan slow je...tapi Alhamdulillah dapat! ;)

peserta-peserta Maharaja Lawak Mega 2011

Btw...aku tau mesti ramai yang dah post benda ni dari malam tadi lagi kan. Xpe...spe...walaupun terlambat sedikit still xpe. Ni versi aku punya. Okay, pertama sekali tahniah diucapkan kepada JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA : OSBON!!!! RM 350 ribu tu...banyak! 


Tapi pemenang kita ni sangat bersyukur dan merendah diri orangnya. Dengan tema muzikal dan bebas, akhirnya Osbon yang dianggotai oleh Pak Os dan Pak Abon berjaya mengalahkan saingan sengit mereka iaitu BOBOI yang dianggotai oleh Afdlin dan Harun Salim Bachik. 


BOBOI dapat nombor 2. Dan SAEHU...dapat nombor 3. Ni kumpulan Indonesia yang aku minat...layak masuk final! 


Dan kumpulan SYOK dari Singapura pun ok dan aku rasa daripada persembahan-persembahan mereka yang lepas pun mereka layak untuk masuk final. 


Aku rasa pertandingan macam ni cukup bagus sebab dia gunakan judge yang bukan pelawak. Nak tau kenapa aku kata bagus?? Sebab...kalau guna pelawak jugak jadi jugde banyak yang mereka komen tu kadang kala x masuk dek akal dan penggunaan ayat mereka yang mungkin bagi sesetengah orang sukar nak paham. lagi pun judge yang bukan pelawak boleh kata sebagai mewakili kita ni sebagai penonton untuk menyuarakan pendapat kita. Sebab kita yang tengok persembahan mereka.


Walau apapun aku rasa bangga jugak la sebab juara kita ni bukan jenis orang membazir. Pak Os katanya nak gunakan duit yang dimenangi tu untuk mengatur teksinya *dia akan kekal sebagai pemandu teksi* dan lebihannya digunakan untuk menyara persekolahan anak-anaknya yang masih kecil dan masih bersekolah lagi semuanya. Alhamdulillah....

Osbon memang layak menang. Sebab lawak mereka ni bersahaja. Walaupun mereka tak terlalu mengharapkan kemenangan dan niat menyertai ni cuma nak buat COME BACK tapi aku kagum gak ngan semangat dia orang nih. Lawak bersahaja, x perlu nak double meaning ke, x perlu nak keterlaluan dan x perlukan kontroversi murahan pun! Syabas! Kepada yang x menang adat la dalam pertandingan.

p/s : Jangan lepas ni ada kutuk mengutuk dan x puas hati lagi, udah-udah le tu...masing-masing ada rezeki masing-masing. Hentikan kutuk-kutuk ni...tambah dosa je.

Thursday, December 29, 2011

Bala dan Ujian Peringatan atau Balasan??

Assalamualaikum w.b.t...hari ini bangun pagi kerana dikejutkan ayahanda. Panggilan khas dari Sibu. Bukan sekadar bertanya...
 "sudah bangunkah?" 
"adik2 dah makan?"
 "dah mandi semua?"
 "ada sape2 yg keluar jenjalan ke?"

*credit gambar-Utusan Harian*

 sebaliknya panggilan khas sebab nak mintak penjelasan mengenai satu perkara yg pada mulanya membuatkan aku melonjak kegembiraan! Yup...kes kejadian tanah runtuh di kilometer Serian-Sri Aman. Aku yang mamai-mamai terus terbangun bukak laptop dan surf. Terkejut dengan apa yang aku lihat telefon pantas dicapai semula. Panggilan ayahanda bersambung kembali. 

"ya...tanah runtuh...jalan pecah...then maybe agak panjang sbb dalam news kata 50 m"
"teruk ka??"
"agak teruk...sedalam 17km....but still ada jalan alternatif yang lain"
"jalan alternatif dari.....??"
"dari Serian kita boleh guna simpang kampung Slabi...dan dari Sri Aman kita boleh guna jalan tikus simpang kampung Krait Batu 11"
"ada diberitahu arah jalannya??"
"x ada...tapi mungkin dah ada papan tanda untuk bantu pengguna jalan raya...dan mungkin polis pun ada, ada kenalan yg beritahu jalan agak sempit...mungkin sedikit sukar untuk dilalui"
"okay...apa2 nanti inform balik"

dan panggilan diletakkan....fikiran aku mula merewang. Kalau la macam ni x dapat la balik IP! Yeahhhh! Bersorak gembira hati aku. Tapi cuti xkan dipanjangkan punya....ptuihhh! Mesti pihak IP akan kata...boleh guna jalan air or flight. Anak org kaya boleh la guna flight...duit macam daun kayu. Yang macam kita org nie?? Lepas tu aku terfikir...x sepatutnya aku gembira dengan keadaan macam ni. Sepatutnya aku berfikir kenapa perkara ini berlaku. 

Ya! kalau dari sudut sainsnya memang kejadian macam ni berlaku disebabkan mendapan yang terhasil dek air pasang yang x henti2 dan hujan *banjir la kan*. Tapi kalau dilihat dari sudut yang lain pula...mungkin ini bala yang Allah turunkan agar kita semua insaf dan bersedia dengan segala musibah lain yang bakal berlaku lagi. Mana tau kan? Ini mungkin sebagai tanda peringatan untuk kita dan bukannya sebagai tanda kita boleh bersuka-suka apabila perkara sebegini menyebabkan kerja-kerja kita tertangguh!

*credit gambar-Sheikh Hafieq FB*

Aku sedar mungkin ramai antara individu2 yang bercakap mengenai perkara ini seperti juga aku. Tetapi cakap kosong tanpa ada kesedaran sendiri dalam diri ini belum mampu lagi untuk membantu  kita berhadapan dengan bala/ujian yang lebih berat daripada-Nya. Baru sedikit yang Dia turunkan. Lihat juga yang berlaku di Terengganu. Itu jauh dari tempat aku...walaupun 1 Malaysia mungkin agak x terasa dek jarak tempatnya. Tapi kini depan mata kejadian begini berlaku. Kalaulah bala yang Allah turunkan di setiap tempat tanpa ada pengecualian begini apa masih lagi ada antara kita yang masih membutakan mata dan memekakkan telinga??

p/s : Subhanallah! Kuasa Allah itu Maha Besar...bertaubatlah kita selagi pintu taubat masih terbuka luas! Berpesan-pesanlah kita untuk kebaikan bersama...Mohon ayahanda dan bonda tersayang selamat pulang ke Kuching...

Sunday, December 25, 2011

Pre-Wedding Photoshoot

Assalamualaikum...hai semua fan aku!!! Hai...nak sign otograp?? Meh sini...meh sini...tonyoh2 sikit ye....*bajet fofular le tuh* Erkkk...okay,xyah ko nak cot cet bebanyak k monyet! *hambik kau* Malam ni aku nak hapdet pasal photoshoot prewedding. Sape?? Aku ke?? Ye ke? *gambar dah kantoi x sedar2 lagi ke monyet??* Hahaha...*gelak gatai*

Sebenarnya nie saje2 nye photoshoot. Aku bagi gempak la sket tajuk tu...hahaha...biar korang tersedak ikan bilis sket ye x? *ade ke camtue...x pon!* Okay, cakap panjang pun xde guna kan apa kata korang cuci mata guna sabun *erk??* tengok gambar2 kat bawah nie la...ye...ye...aku tau aku burok...xyah cakap2 belakang *sembunyik bawah meja*

Kejadian Kes : Pantai Belawai, Sarawak
Masa Kes : 4-6 petang
Tarikh Kes : 1 Oktober 2011 *ptuiii! gambaq lama noooo!*
Photographer : A'A Pic Vintage

Layan je la aku yang comel ni ye...*erk??*


menung kat sape tu cik Z oiii??

bajet santek sangat! =p

ooohhh! aku la jelitawan *ayat nak makan penampo!*

tiang ni x mampu tahan berat haku...cepat2 abg kemere snap!

owh...senta hati ku! *gatai la tue*

angkat kain sebab kasi santeq ye *ko pendek kan??*

bajet ombak rindu nye cite....huhuhu

ewh...ape dalam air tue?? bg kemeremen...snap cepat!

aku pasni nak terjun dalam air nie...kot2 jumpa harta karun...kayo pok cik!

lebarkan kainmu!!! *erk??*

ye...itulah gaya puteri yg x berapa nak puteri! *perasan...minta sepak!*

aku cinta kau! *geli telinga? geli mata? xyah geli dulu...banyak lagi nie...*

abg xdak duit beli cincin...bagi bunga tepi jalan boleh yang?? *tengok dek buah hati ni mati aku!*

menanti dan terus menanti...*serius la plak dah......*

aku juga menantimu di atas ni oiiii....*hahaha...x pakai selipar ye bang?? ~ ye la sbb abg pakai baju ape!* erk?? sepak banyak2!!! yarghhhh!!!

okay...masih menanti...

owh...tidak! gambar ni perlu senset sikit yerrrr...

aku : bg...jom la mandi laut!
abg : xyah...skirt tu leh jadi pelampung t...
aku : nak jugak!!! jom arrr...*tarik2 tangan*
abg : ok! nak mandi kena pakai bikini!
aku : nak tampo berapa % nie bg??

*ayat tipu semata2*

ni jugak perlu senset ye abg kemeremen! hahaha

abg : lari cepat!
aku : nak p mana??
abg : nak p jumpa tok kadi!
aku : awh jom! *lari dulu...lagi cepat dr abg!* hihihhiihih...*merenyam!*

sama2 jalan dah puas lari-larian kan....

cakap apa lagi nih?? x letih2 ke cakap je??


ewh...jalan lagi dah??

eeepppppp!!! ape pegang2?? x lari cik abg tue! *ade yg nak kena hempuk nie*

abg : ape pandang2?? nak datang sini arrr!

aku : hah! dah datang! apesal tengok kat lain?? alaaaa...takut le tuh!

errr...sampai di sini cara celoteh biskut bergolek malam ni ye...xyah panjang2 sangat t korang buhsan lak! Ok, BM SPM aku x bagus sangat...A1 je...*yang sakit hati sepak la haku!* hahaha...cakap omputeh apetah lagi kan?? hihihihi...ni je gambo yg ade...t ade req nak gambo lagi boleh la photoshoot g...;) FREE ape!

timo kaceh kepada yg terlibat secara langsung & x langsung dalam menjayakan photoshoot nih! *macam dapat hamper besar lak cakap camtuh*

p/s : kepada yg sakit mata jangan tengok ye....komen sket untuk haku yg cumil nih! ;))

Saturday, December 24, 2011

HafizZainal's Contest-Senyuman Mahal II

Assalamualaikum...pernah dengar lagu 'Senyum'? ala...Malik dan Najwa yang nyanyi lagu tue...Xkan la xtau kan. Xpe kalau x tau lagu tue, korang tau x Hafiz Zainal? Ala....yang muka ada lesung batu...erk...lesung pipit yang dia curik sat dari burung pipit kampung jalan batu tue. Haaa...tau?? X tau jugak??? *brrr...geleng kepala* Okay...budak ni...yang tue...yang...haaa...yang tue la! Haa...dah tau pon! Okaylah...biskut-biskut sekalian. Aku bukan wat entry ni untuk korang berkenalan dengan jejaka pujaan Malaya tue. Aku wat entry ni khas untuk dia...erk...khas untuk contest dia la.haiii...tajuk kat atas tu dah mengkantoikan aku. Hihihi...okay, x payah cerita panjang-panjang, yang pasti aku dah nekad nak join contest nie dan kerana kenekadan yang sangat menterujakan hati aku nie, maka aku join la contest senyuman mahal nie. Eleh, ingat korang je boleh join? *X...x...aku tak marah aku cakap je la*

Wahai biskut berkeliaran sekalian, tidakkah kalian tahu sebenarnya aku telah pun membuat syarat yang pertama??? Haaa...yeah! Aku dah buat entry khas tentang contest nie...*ye ke*. Okies seterusnya mari kita bergolek wahai biskut sekalian ke syarat yang kedua. Dan ternyata syarat yang kedua nie amat mudah wahai incik Hafiz Zainal *ayat xleh blah* Kerana syarat yang kedua ni hanya mintak aku untuk meletakkan banner khas contest nie. Yeaa...ini la dia banner tue. Click banner tue kalau teringin nak join ye.

Antara senyuman dia ngan senyuman aku, mana 1 lagi gula *manis*? Ahaksss...gurau je la!


Korang nak join x? Ala...tengok budak comel yang pinjam lesung pipit burung pipit nie lantas korang pun nak la? Jangan nak kacau adik aku nie...teruja ye...ololo...meh akak dia sekeh dulu nak? Hihihi *gurau je* Xde masalah...lagi ramai join lagi fun kan. Join2! Click banner tue haaa....

Dan seterusnya bergoleklah kita biskut sekalian ke dalam gelas berisi susu ni! Ewh...salah! Bergolek la kita ke syarat yang ketiga. Syarat ni la penentu nasib korang dalam mencapai kejayaan sebagai penyenyum *BM SPM failed ke??* hahaha...TERBAIK dan TERMAHAL abad ini!

ini la aku dan senyuman mahalku...*cewah* Miss Z @ Biskut Rangup. Senyum matahari pagi yeee...

foto ni aku *curik* ambik masa d Belawai hari tu...nie senyum Ombak Rindu Pantai Belawai...hahaha


mahal x senyuman tue?? ke skirt yang mahal?? *skirt biase je la*

Dan seterusnya syarat keempat korang kena la jawab soalan-soalan yang diajukan nie

Soalan 1 : Ceritakan kenapa anda rasa gambar senyuman anda ini adalah senyuman mahal?
Jawapan aku : Sebab aku rasa kemahalan senyuman aku nie xleh nak disukat/ ditimbang/ dikira/ diukur dan yang sewaktu dengannya. Kerana kemahalan senyuman ni ada pada biskut yang boleh buat aku senyum macam tue je. Kalau ketawa dah x senyum dah...tue ketawa. X sama. Senyum mahal aku nie macam orang dapat hadiah emas berkepok *puji diri melangit tu riak ye* Okies...serius! Kalau kita senyum orang lain yang tengok kita sejuk hati. Dan yang paling indah adalah senyuman tue adalah senyuman yang ikhlas lahir dari hati. Kalau kita senyum macam nak cari gaduh, pahala x dapat dosa pulak yang bertambah...ye x? *Ade ke senyum cari gaduh??* jadi, moral of d story, senyumlah selalu sebab senyum boleh ubat orang sakit gigi *ye x incik Hafiz Zainal??* boleh ubat orang sakit hati, sedih, kecewa. Dan...senyum ni boleh ikat dan eratkan silaturrahim sesama kita.

Soalan 2 : Kenapa anda berminat untuk join contest nie?
Jawapan aku : Sebab aku nak tengok keunikan senyuman biskut nie ade aura ke xde aura. Hihihihi...act aku suka tengok orang lain senyum. Ada macam-macam cerita sebenarnya di sebalik senyuman tue. Kita boleh tengok apa orang tue maksudkan dengan melihat senyuman dia. Tapi ada masanya kita x tau apa ada dalam hati seseorang kan?? *ntah-ntah ko senyum paksa sebab nak join contest ni x??* hihihi...Senyuman ni kalau dipaksa x jadi. Orang akan tau. Jadi aku join ni nak tengok indahnya ciptaan Allah S.W.T. Ewh, korang tau x korang semua ni cantik, cute hensem?? X tau?? haaa...ni aku nak puji la nie kasi korang tau. Indahnya ciptaan-Nya kan?? :))

Soalan 3 : Apa 1st impression korang terhadap orang yang pakai braces??
Jawapan aku : *pinjam jawapan aku masa kecik-kecik dulu la ye* 1st time aku tengok..."ewh...apasal orang nie taruk besi dalam mulut?? X sakit ke?? Mulut x terbuka selalu erk?? Macam mana nak makan?? ---> ye...aku ngaku masa tu aku jakun sangat...sekarang ni aku dah tau la...xdpt la korang nak tipu2 aku lagi...huhuhuh

Ewh...dah habis dah soalan?? Xde lagi dah?? Ingatkan masih ade lagi. Baru je nak syok menaip jawapan nak buat karangan tadi. Jom biskut sekalian...kita ke syarat yang kelima pulak ye. Syarat dia, FOLLOW blog dia dan FANPAGE dia untuk selalu update dengan perkembangan contest nie. Dan kat sini aku share dia punya YOUTUBE channel jugak. Suara dia sedap ouwh! Aku selalu gak curik vid dia....jangan marah ye dik...& jangan lupa dia ade TWITTER...follow keyh! *bagi yang ade la...aku xde...hihihi*

Syarat keenam jangan lupa letak entry korang dalam komen ENTRY dia ni.
Syarat ketujuh, TAG 3 orang untuk join dan pastikan dia orang tau dia orang ni d TAG ok!

Aku TAG :

Expired Date Contest : 10/2/2012

p/s : SPECIAL THANKS untuk kawan aku *baru je kenal...hihihi* FAIEZA NAJIEZA yang TAG aku untuk join contest nie...:))

Friday, December 23, 2011

Resepi : Ayam Masak Manis/Kicap Pekat Ala Sarawak

Assalamualaikum. Hari ni terajin pulak nak buat entry banyak-banyak. Hihihi...okay x yah merapu. Aku terus ke topik asal k. Malam ni aku nak tunjukkan cara camna nak masak ayam masak manis ataupon kat sarawak ni panggil ayam masak kicap pekat. Biasanya masak macam ni orang akan buat & makan masa kenduri. Lain tempat mungkin lain cara masak dia. Tapi kat tempat aku macam ni la masakannye. Nak belajar? Jom usha nih!

Mula-mula sekali korang kenala sediakan bahan-bahan dia kan. Ala bahan simple jer...
1. bawang merah dalam 5-7 ulas
2. bawang putih 7-10 ulas
3. halia (xde ulas2 nye halia jgn nak memandai)
4. cili kering
5. cili hidup
6. asam jawa
7. garam
8. aji-no-moto-car
9. ayam (ramuan utama ni)
10. rempah tumis jangan lupa lak!
11. kunyit sikit tau
12. kicap masin
13. kicap manis
14. kentang atau nanas

Okeyh.......................cara-cara nak masak pulak.

1. Potong ayam tu (pastikan jangan terlalu besar & jangan lak terlalu kecik k)

2. bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, cili hidup tue korang blend kan (kalau rasa rajin sangat tumbok la sampai esok nanges korang aru dapat makan hihihi...melampau)

3. panaskan minyak tumiskan rempah tumis dulu (dah nama pun rempah tumis kan so memang kena tumis la...jangan memandai nak g panggang ke bakar ke apa k)

4. dah tu korang masukkan bahan yg dah dblen tadi, tumis sampai naik bau

5. masukkan ayam
6. masukkan sikit je kunyit (t kalo banyak jadi ayam nyit la...hihihi)

7. masukkan kicap masin

8. masukkan kicap manis

9. masukkan asam jawa (bukan air tau memang asam jawa yang ketul tuh) walaweh...korang tengok asap-asap tu...hahahah


10. masukkan sikit air bagi didih sat

11. masukkan kentang (aku tadi x de nanas so guna kentang kalo guna nanas lagi sedap

12. masukkan garam sikit je (kalau banyak sangat masin gler tau sbb kicap tadi kan dah masin)

13. aji-no-moto-car pun masukkan gak (banyak sangat t gondol kepala...nak try??)

14. tambah lagi air biarkan sampai mendidih & air jadi kering (kalau banyak air dia dah x pekat lagi jadi nama pun kena tukar jadi ayam masak kicap banjir! & jangan pula kering sangat air dia...x sedap la)

15. dah masak kan? Apa lagi...letak dalam pinggan & ready bukak mulut besar-besar ............................MAKAN!!!

p/s : cuba la...dah berjaya gtau kat aku ok! sedap ke x sedap korang buat....hihihi...komen sket! ;)

Tutorial : Button Follow

Melompat penuh kegembiraannye......bila aku punya follow kat atas tuh dah berfungsi balik...yebedabeduuuu!!! Hepy ye...hahaha...korang nak tau camne aku buat? Meh sini aku ajor ye. Mana tau kot2 satu masa nanti korang nak jugak guna blogskin kan. Kita blajo sikit-sikit dulu ye...:)) Mula-mula korang kena g kat

Dashboard ---> Template --> Edit Html ---> Click Ctrl + F (serentak)
korang cari kod macam kat bawah ni kod dia

style>


kita punya blogskin template ladang-kadang x sama tau...jadi korang kalau x jumpa yang aku kata tu korang mesti carik kod yang hampir-hampir sama tau. Then carik la kod

<+Follow>


Lepas korang dah jumpa tu korang g pulak kat setting untuk carik ID blog korang okies. Caranya?? Senang jer...

---> Dashboard ---> Setting ---> OpenID

Dah jumpa ID korang x?? Kalau dah ambik dah paste kan di hadapan/atas

<+Follow>


Dah siap dah...korang save template k! X save x jadik la dia...selamat mencuba...


korang jangan lupa follow aku...click follow atas tu & show pff diri korang dgn cara click join this site/follower kat sebelah tu...x la nanti bila aku ubah template korang hilang dr follower aku yerk :)
p/s : kalau x jadi g kat FB kite & LIKE pastu tanya kat sana k :) kalau jadi komen la sket...kalo nak ambik tuto ni, credit kat aku ye...