Tuesday, January 3, 2012

Penjara Di Bumi Ilmu

Menapak berat ke sini
Meneruskan cinta yang masih separuh jalan
Meronta rasa di jiwa dengan keengganan
Benci kerana kebebasan bakal dipenjara
Bukan kerana terbiasa menjadi burung
Tetapi sering alpa melepasi lorong

Melangkah berat melilau bukan lagi mencari arah
Melilau mencari di mana teman sedarjah
Berkumpul cerita dek sebulan tak ketemu
Umpama bertahun sudah berlalu
Terkekeh hilai tawa membuai bara menyala

Banyak jalan mudah
Dan banyak juga jalan yang sukar
Dan seringkali aku akan tertinggal bersama kamu di jalanan sukar
Lelah dan penat itu satu
Tapi aku dan kamu belum lagi menyatu
Lagak kita seperti pasangan bercinta
Menggelek kunci minda setebal 15 inci ke hilir ke hulu
Namun gusar dan gundah di tampuk hati
Sedar akan kurangku
Bahawa aku sukar mencintai kamu
Bukan aku enggan
Tapi jiwa masih mahu menggila
Biar seribu tahun aku di sini
Hati masih hairan kenapa enggan aku akui
Adanya cinta pada kamu di sini

Kadang bertanya aku pada diri
Tidak penatkah menyusur denai berliku
Mengheret paksa kaki walau aku malu

Dek ceteknya aku tentang kamu dijunjunganku
Tapi masih mahu aku
Berdiri segah kamu

Berhenti aku termangu kaku
Apa ertinya mengaku siapa sebenarnya aku
Apa sebenarnya mahuku
Apa hasilnya menjadi aku
Berfikir seakan tiada lagi esok

Hari berputar tidak akan menunggu
Cinta dan rindu pada kamu secubit tiada
Sampai bila?
Huh...mungkin sampai terhiris rasa
Atau terluka jiwa
Mungkin terkisah lara
Tapi...itu belum mungkin menyedarkan aku
Apa yang aku mahu
Apa yang aku kejar dalam citaku?


p/s : puisi ini aku ciptakan saat aku enggan kembali ke sini...tapi x pa, last yera...usaha yang terbaik akan mendatangkan yang terbaik!!! Insya Allah...:)