Friday, March 1, 2013

Penilaian Khas vs Interim??

Assalamualaikum...hye readerssss!!! *banyak ke readers aku??*

Hari ni serius aku happy sangat-sangat!
Pagi-pagi aku bangun, mandi, lepas tu siap sedia nak menjalani rutin harian. *suri rumah separa masa*

Masa dah pegang penyapu tu, tiba-tiba teringat! Oh...semalam dah janji nak call SPP!
Well...kena call jugak...kang aku tak dapat berita apa-apa nanti x pasal-pasal haru jadinya.

So, aku call SPP...
Belum sempat lagi nak kenalkan diri, baru je sebut perkataan 'Penilaian Khas', akak tu terus mintak IC.
Hahaha...memang betul la kata-kata member-member aku sebelum ni.

"Azi*** Abdul ******...nama awak ada dalam penilaian khas. Tahniah. Nanti apa-apa info update di laman web SPP"

Dah letak je phone aku memang melompat-lompat. Anak kuceng semua blurr je tengok. Ye la...apa je la yg dia org paham kan..heheh...makan tdo main je.

Seronok! Serius...!

Dan...keseronokkan tu bersambung plak sampai ke petang. Member aku baru sampai kuching. Aku masa tu baru je balik dari ambik mak aku balik dari klinik.

Belum sempat dia cakap apa-apa aku terus "aku driving...aku driving..." ahahha...kesian dia. 
Sampai je rumah aku terus call balik. Ye la mana tau ada hal penting ke kan?

Rupanya member aku ni nak ajak g JPN. Nak check nama untuk yg dapat interim. Aku apa lagi. Dah ada teman kan. So, memang syok aaaa! Lepas tu boleh la p jenjalan sat. Lama dah x jumpa memangmacam-macam story mory la! Aku call one of my friend yg dok kat area taman apa ntah aku pun x ingat.
*selca...suka suki masa tunggu member kat d spring sebelum bertolak ke JPN*

Rupanya rumah dia x jauh pun dari JPN tu. Guna je jalan demak/bako yg baru tu. 5 minit je sampai. Ye la xde kereta kan so boleh la fast n furious sikit...hihihihi...

Masa otw p JPN tu boleh plak kita orang terlajak jalan. Dah bawak laju la katakan *kononnya la*...sebab takut x sempat. Jam masa tu dah pukul 4 petang. Takut jugak kalau-kalau pegawai kat JPN tu dah nak balik semua. Nasib baik jalan memang kosong xde langsung kereta. Aku apa lagi masuk gear revearse dan dengan selamba tok kaduk nya terus revearse dan masuk lorong masuk JPN...hahaha...gila nak mampus kalau masa tu ada polis!

Sampai je kat JPN kita orang terus g ke tingkat 2 ke 3 x ingat plak aku. Bahagian perjawatan rasanya. Jumpa dengan Puan Zaliha. So, tanya punya tanya last-last dapat info daripada beliau mengatakan bahawa masa tu nama memang baru je sampai kat tangan dia daripada KPM.

Kita orang siap tanya lagi...
"Kenapa ada individu yang kata dia orang dapat call daripada JPN bagitau yg dia orang dapat interim kat sarawak??"
"Kami memang xde call siapa-siapa pun. Banyak sangat nama. Xkan nak call satu2. Lagipun nama baru je dapat hari ni."
"Jadi...memang xde call la ni ye?"
"X...kalau nak tau jugak kamu yang kena call kami hari khamis sbb hari tu nanti baru kami akan keluarkan nama interim & nama sekolah"

Baru je aku nak bangun dari kerusi, kwn aku terus tanya 
"Boleh x kami nak check nama kami sbb puan kata senarai dah ada kan?"
"Boleh...bagi senarai nama ye"

Aku pun apa lagi...nasib baik masa tu aku memang sedia bawak buku & pen sebab ready nak tulis apa2 info penting. Aku senaraikan nama bebudak sekelas *kecuali 2 orang...so sorie ingatkan korang dah check sbb nampak nama korang kat buku pelawat* Then ada jugak nama-nama tambahan yang member-member sekelas suruh aku check sekali masa on the way nak g JPN tadi.

Masa bagi senarai nama tu akak tu sempat cakap
"Banyaknya nama..."
"Nama kawan-kawan sekelas kak..."
Pandai je jawab!

Lama jugak kita orang bertiga tunggu akak tu check nama. Dalam 20 minit rasanya. Ye la nak check nama yang banyak-banyak tu kan perlu masa. Last-last dia pun datang balik.

"Semua tak dapat"
"Haa????"

Aku salah dengar ke??

"Hehehe...semua dapat..."
Laaa...akak tu saja nak buat lawak rupanya. Serius kak! Lawak akak memang gempaq! Masa tu aku cuma mampu ucap alhamdulillah....bersyukur sebab Allah bagi rezeki melimpah kat aku. Ye la pagi tadi dapat pengesahan aku dapat penilaian khas petang ni pulak dapat tau nama tersenarai dalam interim pulak. Memang seronok la!

Akak tu sempat jugak la pesan kalau nak tau nama sekolah call JPN hari khamis (7/3/2013). So kena tunggu lagi la. Akak tu memang dah cakap macam tu. Kalau sapa2 call sebelum tarikh tu dia memang x layan sangat. Ye la banyak lagi kerja dia bukan nak layan call orang je kan. baik operator berhenti keja je kalau camtu...hihihi...

Apa lagi, kita orang masing-masing bagitau kat member sekelas. Start tu la handphone memang x berhenti meseg masuk & call. Aku rasa masa tu aku pulak boleh ganti operator. Tapi keseronokkan untuk dikongsi bersama kan?? Heeee...bez sangat sebab semua kawan-kawan aku pun dapat.

Tapi ada jugak kawan2 aku yang call kata dia orang call JPN, then orang yang jawab call tu kata nama dia orang xda dalam senarai interim.

Masa tu aku dah gelabah dah. Nak percaya yang mana satu? Aku ambik langkah positif dengar nasihat 2 kawan aku yang pergi ke JPN. Dengar apa yang Puan Zaliha tu caap sebab kita orang jumpa dia face to face. Siap dia bagi nombor telefon untuk dihubungi lagi. Memang silap besar la kalau dia bohong kan. Heeee...

Petang tu kita orang bertiga buang masa p minum kay Plaza Merdeka. Chit chat kejap then aku hantar dia orang balik. Sampai rumah dalam pukul 10 macam tu. Serius penat! Tapi aku gembira. 

Cuma aku tak bagitau mak bapak aku lagi la sebab au takut berita kawan-kawan aku yang call tu yang betul tak ke mengharap je mak bapak aku. So, aku diamkan je.

p/s : Aku harap berita dari mulut Puan Zaliha memang betul. Semua dapat interim!