Saturday, December 31, 2011

Juara Maharaja Lawak Mega : Osbon!!!


Assalamualaikum...walaupun x dapat menonton secara live di astro tapi dengan kemudahan live streaming malam tadi dapat jugak layan gelak dengan persembahan-persembahan yang ditunjukkan oleh otai-otai pelawak dari 3 buah negara. X sangka jugak dapat tengok guna internet...hihihih...sebab broadband aku kan slow je...tapi Alhamdulillah dapat! ;)

peserta-peserta Maharaja Lawak Mega 2011

Btw...aku tau mesti ramai yang dah post benda ni dari malam tadi lagi kan. Xpe...spe...walaupun terlambat sedikit still xpe. Ni versi aku punya. Okay, pertama sekali tahniah diucapkan kepada JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA : OSBON!!!! RM 350 ribu tu...banyak! 


Tapi pemenang kita ni sangat bersyukur dan merendah diri orangnya. Dengan tema muzikal dan bebas, akhirnya Osbon yang dianggotai oleh Pak Os dan Pak Abon berjaya mengalahkan saingan sengit mereka iaitu BOBOI yang dianggotai oleh Afdlin dan Harun Salim Bachik. 


BOBOI dapat nombor 2. Dan SAEHU...dapat nombor 3. Ni kumpulan Indonesia yang aku minat...layak masuk final! 


Dan kumpulan SYOK dari Singapura pun ok dan aku rasa daripada persembahan-persembahan mereka yang lepas pun mereka layak untuk masuk final. 


Aku rasa pertandingan macam ni cukup bagus sebab dia gunakan judge yang bukan pelawak. Nak tau kenapa aku kata bagus?? Sebab...kalau guna pelawak jugak jadi jugde banyak yang mereka komen tu kadang kala x masuk dek akal dan penggunaan ayat mereka yang mungkin bagi sesetengah orang sukar nak paham. lagi pun judge yang bukan pelawak boleh kata sebagai mewakili kita ni sebagai penonton untuk menyuarakan pendapat kita. Sebab kita yang tengok persembahan mereka.


Walau apapun aku rasa bangga jugak la sebab juara kita ni bukan jenis orang membazir. Pak Os katanya nak gunakan duit yang dimenangi tu untuk mengatur teksinya *dia akan kekal sebagai pemandu teksi* dan lebihannya digunakan untuk menyara persekolahan anak-anaknya yang masih kecil dan masih bersekolah lagi semuanya. Alhamdulillah....

Osbon memang layak menang. Sebab lawak mereka ni bersahaja. Walaupun mereka tak terlalu mengharapkan kemenangan dan niat menyertai ni cuma nak buat COME BACK tapi aku kagum gak ngan semangat dia orang nih. Lawak bersahaja, x perlu nak double meaning ke, x perlu nak keterlaluan dan x perlukan kontroversi murahan pun! Syabas! Kepada yang x menang adat la dalam pertandingan.

p/s : Jangan lepas ni ada kutuk mengutuk dan x puas hati lagi, udah-udah le tu...masing-masing ada rezeki masing-masing. Hentikan kutuk-kutuk ni...tambah dosa je.