Wednesday, March 20, 2013

Cerita Di Hilton...Ouhh Penilaian Khas!

Assalamualaikum...

Selesai sudah penilaian khas yang buatkan aku tak tidur malam dengan lena. Asyik terjaga bermimpikan yg 'indah'...

Alhamdulillah...yang ditunggu tiba jua akhirnya. Bertolak menaiki flight dari Sibu ke Kuching sendirian membuatkan aku sedikit bingung bercampur teruja. Almaklumlah terasa lama sangat waktu berlalu saat terakhir aku menggunakan 'flight' untuk ke mana2. Ke mana2?? Macam selalu je...heheh...Nasib baik masa yang sama ada sorang member 1 flight...sempat bertemu kejap dan berbual tentang sesi yang bakal dihadiri.

6.30 bertolak...

Tiba jam 7.20 malam kedatangan aku disambut kedua orang tua yang siap2 menunggu di 'airport'. Siapa agaknya yang lagi teruja? Hihihi...

Ahh...hairan kan? Bahasa aku sedikit lain di sini...mungkin formal? Atau mungkin juga puitis? *menyampah*

Sepak! Sepak! *naaaa...rasakan...*

Ok...melalut dah aku ni.
Untuk penilaian khas yang dijalankan oleh pihak SPP semalam semuanya alhamdulillah berjalan dengan lancar. Jauh sekali tanggapan aku yang selama ni mengagak penilaian khas ni serupa sebiijik macam interview. Penilaian Khas dilaksanakan bagi graduan yang mendapat 3.5 ke atas dan praktikum sekurang-kurangnya A-. Alhamdulillah...ramai juga yang hadir semalam. Hampir 150 kot dari IPGM sahaja...hampir...

Naq, Phine, Lyd, Kiki, Gg, Merina & me....ada 2 lagi member yang belum datang masa tu. Siap sedia nak masuk dewan penilaian khas ^_^


Menginap bersama rakan sekelas di Tune hotel makin la buat aku menggila tidur lambat. Borak panjang...ye la lama x jumpa dia orang. Kita orang pakat awal-awal dah nak booked kat Hilton...hebat! Macam la banyak duit...ahahah...Rupanya masing-masing x tau pun yang Hilton tu very d mahal! Heheh...maka terpilih la Tune Hotel sebagai destinasi melepaskan batuk, peluh, penat, lelah dan sebagainya. Dan! Bukan cuma kami sekelas je yang booked kat situ...ada ramai jugak rakan lain. Ye la nak booked Pullman sama je taraf dengan Hilton. Lagipun Tune Hotel ni memang betul-betul berhadapan dengan Hilton di mana lokasi sesi Penilaian Khas diadakan dan bajet! Rm65 je semalam...:)

Penilaian bermula jam 7.30 pagi. Kami diminta masuk ke ruangan yang telah disusun oleh pihak hotel & SPP seolah-olah seperti aku menghadiri jamuan makan malam. Ligat otak berfikir...penilaian jenis apakah ini??

Kemudian seorang demi seorang dikehendaki untuk menyemak nama dan dokumen yang berkaitan yang perlu dibawa semasa penilaian. Pihak SPP akan tengok 1 salinan dan original sahaja. Kemudian yang original akan diberikan semula manakala salinan pula akan mereka ambil dan simpan. Pastikan susunan kandungan bahan yang hendak disemak tu memang mengikut senarai semak yang pihak SPP berikan supaya kerja mereka mudah dan kerja kita pun mudah.

Selesai je sesi semakan dokumen penting pegawai SPP En Sulaiman b Wak *kalau ex openg tau la sapa ni kan?? Heheheh* memulakan sesi dengan memberikan taklimat mengenai program dan sebagainya. Kemudian diteruskan dengan sesi penilaian khas.

Sesi penilaian khas tu dijalankan dengan setiap kumpulan dikehendaki berbincang mengenai tajuk yang telah SPP berikan. Kalau semalam tajuk kami...GURU CEMERLANG PEMANGKIN TRANSFORMASI PENDIDIKAN. Setiap kumpulan juga akan ada pegawai pemantaunya. Mulanya aku ingatkan akan ada pembentangan. Rupanya x ada langsung! Sebenarnya masa perbincangan tu la mereka akan memerhatikan kita aktif atau tidak, bekerjasama atau tidak dan mengikut apa yang aku lihat setiap pegawai pemantau akan ada borang yang di dalamnya terkandung nama2 peserta.

Sehari sebelum sesi penilaian khas ni aku diberitahu beberapa rakan sediakan marker pen dan mahjong paper. Mungkin akan ada LDK. Aku masa tu memang geram sangat sebab sepatutnya benda macam tu pihak yang anjurkan la yg sediakan. Ye x?? So aku ambik keputusan x yah beli la. Masa sesi memang banyak yg x beli pun.

Tapi...kalau nak bersedia ok je...belilah..


Kumpulan 12!
Becca, Atul, Bong, Emiline, Gmah, Me...
Raffi, Zaharin...*korang memang daebak!!! sporting...banyak cakap...sure aku yang muka kerut2 dari pagi boleh gelak dengan joke korang* Macam dirancang-rancang je 1 group hampir semua guna purple...ngeeee

Kusyuk je 2 orang ni dengar taklimat...

Ada jugak kumpulan masa tengah perbincangan tu, pegawai SPP mintak mereka nyanyi. Maka keluar la lagu Geylang si Paku Geylang, Kereta Kecil, Parajurit Negara, Bangun Pagi...ahahah...lagu prasekolah pulak yang banyak keluar...gelabah kot tu yang cuma lagu tu sempat dinyanyi. Hahaha...nasib baik kumpulan aku kot sebab pegawai SPP tu x merayau sangat kat area kita orang. So kita orang dapat la berbincang dengan hokus fokus nya...*ceh...iya iya ajeee*


Bong!!! *sebijik macam kawan aku masa form 6 dulu...Christy Jeffry*

Ouhcccc...Hilton! Dapat je pen dia aku simpan siap2 dalam pensel box...ahahaha. Ye la nak stay sini x mampu g...hampeh!


Selepas je sesi penilaian khas tu, rehat sekejap. Masa tu la nak ke tandas ke nak makan sepenuh hati silakan. Tapi masa diberi 15 minit je. Aku sempat jugak mengenyangkan perut aku yang keci ni...hihihihi...kecil??? Keliru dengan statement itu...

Masuk balik lepas makan2...ada pulak sesi Q&A *soal jawab la*. Ingatkan yang bertanya pihak SPP dan kami yang menjawab. Rupanya kami yang bertanya dan pihak SPP yang menjawab. Macam2 la soalan yang diajukan oleh pihak kami. Ye la masing-masing punya rasa inkuiri yang tinggi. Paling x boleh tahan bila ada member segrup aku atas pakatan kita orang bertanya tentang kiraan gaji..ahahaha..*mata duitan lol*


Becca & Emiline...dengar ke x ni?? 

Syok dengan sesi Q&A sedar x sedar masa dah tamat. Setiap kami kemudian diberikan 1 dokumen. Bila dapat je kita orang terus bukak! Dan keseronokkan yang tak terkata x mampu aku gambarkan. Masing-masing teruja! Sempat juga kita orang bergambar kenang-kenangan.

Penyerahan surat tawaran melalui wakil kumpulan...dub dab dub dab jantung masa tu...

Dan!!! Yang ditunggu-tunggu!!!

wajah-wajah teruja!

Raffi = kiraan gaji...akan ku ingat soalan kau sampai bila-bila...ahaha...

Zaharin...dialog selamberrr "x nyanyi x dapat surat tawaran ke?? aku x nak nyanyi lagu letchum2 tu!"

hahahha...lawak...lawak!

excited!!!

wajah teruja aku & bong...ngeeee

Alhamdulillah ya Allah~ Kau permudahkan jalanku...^_^

Tawaran Pelantikan Tetap Jawatan Pegawai Perhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41

tang gaji tu buat mata jadi juling kejap...ahaksss...

Dan....KAMI! Guru-guru IPG Kampus Rajang!
Kiki, Amalina, Lyd, Ampuan, Merina, Me, Nisa aka rumate aku, Grah,
Phine, Gg & Naq...lagi ada 1 yg xde...
Apa yang pasti penilaian khas ni adalah sebagai tanda menghargai usaha kita untuk mendapatkan yang terbaik masa di IP. Alhamdulillah...

p/s : lepas ni x ada lagi derauan darah tinggi! Ahakssss :)