Wednesday, March 6, 2013

Panggilan KWSP ^_^

Assalamualaikum...

Aku baru balik dari urusan seharian. *macam la banyak sangat urusan sampai hiperbolanya menggunakan seharian...kuikuikui*

Dalam jam 3.30 petang ni tadi aku pergi bangunan KWSP. Alaa kalau orang sekitar kuching-kota samarahan mustahil x tau kat mana bangunan KWSP. X tau??

Ok, oleh sebab aku tiba-tiba jadi orang yang serba tahu petang ni aku tunjukkan jalan la ye. Kalau dari kawasan rumah aku (kota samarahan) korang boleh ambik jalan nak pergi Tabuan Jaya. Jangan lepak kat Teck Kong pulak ye...terbabas dah tu...hahaha

Lurus je, jadilah insan yang baik dengan menetapkan laluan di sebelah kiri sepanjang perjalanan. Kenapa?? Alaaa...kalau rasa nak race ke boleh je ambik laluan belah kanan tu. Hihihi...xde masalah apa pun.

Ada 2 traffic light korang kena lalu masa di kawasan Tabuan Jaya ni. Dua-dua nya pulak memang berdepan dengan bangunan kedai area Teck Kong, Ai Lee segala bagai tu la. Satu traffic light yang kecik je kalau belok belah kiri x silap aku kita akan masuk Tabuan Dayak ke Tabuan Laru *memang singkat ingatan jangka pendek...kena makan kismis banyak nih*

Lurus je...sampai jumpa 1 lagi traffic light yang BESARRRRR punya! Ambik laluan kiri ye adik akak abang semua. Perhatikan lampu merah sehingga kiraan dia...9...8...7...6...5...4...3...2...1! Gooo!!! *kot-kot orang sebelah kanan nak race la...heee*

Lurus ke hadapan! Sampai kat bulatan tu korang ambik laluan menghala ke arah jalan masuk SWINBURN. Ok, aku tau memang ada 2 pintu masuk. Macam ni...dekat bulatan tu ada 4 simpang. Korang aku bagi la contoh di simpang 1 kalau korang memang dari Tabuan Jaya la. Korang masuk simpang ke 3. Perhatikan di sebelah kiri. Slow je....simpang 1 (di mana korang berada sekarang...) kemudian simpang 2 betul-betul sebelah kiri korang...laluan tu menuju ke SERIAN. Simpang 3 tu memang kalau korang dongak atas nampak terus bangunan KWSP dengan logonya yang sebesar alam. Betul-betul tepi simpang masuk tu. Ikut je laluan memang xkan sesat punya! Aku gerenti!

*ni la bangunan KWSP yg di Kuching*

Kalau la masa korang pusing bulatan tu terlepas la pulak simpang ala korang tawaf je bulatan tu..kasi familiar sikit ba tu jalan *aik?? sabahan pulak...ahaha*

Ok, aku masa sampai tadi memang niat nak buka account la kat situ kan. Ye la sebab ada member yang kata kalau x ada kwsp ni susah la kita nak gaji cepat masuk. Almaklumla aku kan baru je dapat interim *ehem...ehem...*

*Jalan menghala ke bangunan KWSP...ada parking kat tepi2 haaa...kedai pun dekat...mcm promot la pulak...hehehe*


Masuk ke dalam bangunan KWSP terus je aku melangkah ke bahagian kaunter pertanyaan.
"Encik...saya nak buat account KWSP"
"Ok...sila isi borang ni dan sertakan sekali salinan IC cik ye"
"Okay..."

Isi je borang yang dia orang bagi tu. Lepas tu pandai-pandai la korang cari tempat nak fotostate IC korang tu. Bagi aku la lagi senang kalau korang sediakan awal-awal salinan IC supaya tak la nanti jadi huru hara kalau x ada tempat atau kedai berdekatan untu fotostat IC korang tu.
*ni la borang yang perlu diisi tu*

Bila dah isi ambik nombor di kaunter yang sama. Tunggu la. X lama...sebab aku baru je duduk belum panas punggung dah kena panggil. Masa kat kaunter tu pegawai yang bertugas siap berkenalan lagi...chewah!

Ramah mesra la pulak. Iye la kalau x macam tu nanti korang jugak yang komplain banyak kan...
"eh...orang tu ini la...itu la..."

Okay...ni perbualan aku dengan pegawai tu nama dia Willman...will me?? Yes...yes...*eh? hahaha*

"Cik dah kerja ke sebelum ni?"
"Belum lagi...masih tunggu posting. Esok baru tau sekolah"
"Ooo...cikgu la ni ye?"
"Ha'a cikgu..."
"Dulu belajar kat mana?"
"Belajar kat IPG Rajang"
"Ooo...Rajang...ermm...kalau ikut data ni cik dah ada account KWSP"
"Hahhhh?? Dah ada? Saya x pernah buat pun!" *tergelabah sekejap* -.-
"Mungkin masa cik kerja dulu kot...maksud saya kalau sebelum ni pernah kerja sambilan kat mana-mana"
"Oooo...dulu saya kerja kat kedai kain je...xde pulak tauke saya buat potongan KWSP"
"Salah dah tauke cik tu...patutnya kena buat. Cik pun sepatutnya minta sebab benda macam ni sangat penting"
"Tapi masa tu saya sambilan je encik. baru habis tingkatan 5. Lama dah tu..."
"Ok...lepas tu xde buat kerja sambilan lagi ke?"
*bila aku fikir balik rupanya memang aku ada kerja sambilan selain kat kedai kain dulu*
"Hah! Ingat dah!" *terkejut pegawai tu...tapi dia senyum je...dalam hati ot rasa nak cekik je budak ni buat aku terkejut! Hahaha*
"Dulu saya keja under Rajah Court Hotel bahagian Food & Beverage"
"Haa...maknanya manager cik kat situ la yang buat account cik. Sebab ni cuma perlu IC cik je pun. Masa mohon kerja kat situ ada tak dia mintak isi borang apa-apa?"
"Ada...borang maklumat diri"
"Haa...tu la yang dia guna untuk daftarkan account cik...Ok, xpe, macam ni. Sebab account cik dah ada saya cuma update alamat, dan maklumat lain ye cik"
"Ok!"

Dah siap pegawai tu update, ambik cap jari semua aku balik la. Xkan nak tunggu sekali ngan guard tutup pagar bangunan KWSP kot...hehehe

KWSP ni penting tau. Ni ayat skema sikit :


KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.
KeahlianPekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Sehingga 31 Disember 2008, KWSP mempunyai seramai 12.07 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 5.7 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 441,820.
Caruman WajibCaruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah 20% daripada gaji pekerja dimana 8% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan. 

p/s : Selesai satu untuk hari ni...esok ke JPN sebab nak tanya face 2 face nama sekolah & PPD yang bertanggungjawab..*aik..hahah...besar tul makna tanggungjawab tu*...Berdebar-debar sehhh!