Monday, March 11, 2013

SK Perbandaran Sibu No.4

Assalamualaikum...

Kali pertama menjejakkan kaki ke sini aku kehilangan kata-kata. Aku rupanya berada di 'dunia lain'...*chewah!*
Pintu pagar masuk sekolah...*ni pic aku ambik kat group...aku nak ambik xdan dah...heheh*


Rupanya SK Perbandaran Sibu No 4 ni sekolah yang murid dan gurunya majoriti ada berbangsa cina. Seawal jam 6 pagi aku dah bertolak turun dari rumah cousin aku menuju ke sekolah. 6.15 aku dah terpacak macam tunggul mati kat pejabat.

Masa tu memang belum ramai lagi guru yang datang. Murid pun sama. Cuma ada murid-murid yang berlari kejar-mengejar bermain sesama sendiri. Nak berpatah balik ke kereta tunggu ramai sikit rasanya kurang matang tindakan aku. Hati dah mula memberontak! Nak buat apa datang awal? Kalau x diterima macam mana? Surat Interim x ada! Boleh ke guna air liur je lapor diri?? Adoi!

Kenapa aku kat sini?? Kenapa x dapat kampung macam geng2 lain?? Why?? Y??? Y?? Kenapa aku dapat bandar??

Nampak sangat tak bersyukur dapat interim. Tapi semua tu aku ketepikan. Aku fikirkan 1 je. Semua yang berlaku ada hikmah. Dapat sekolah bandar in shaa Allah boleh sambung belajar cepat...dapatkan master! Aminnn!!!
bangunan sekolah yang baru...yg lama aku x sempat nak ambil 


Tapi aku tabahkan jugak la hati masuk ke pejabat. Disambut kerani sebab masa tu dia sorang je ada dalam bilik pejabat tu. Jam 7 pagi baru jumpa Guru besar.

1st impression aku : SALAH!!!

Yang sebetulnya....semua cikgu kat sekolah ni ramah je. Cuma kita sebagai orang yang datang kena la tunjukkan diri tu sikit. Tegur menegur sapa menyapa. X salah kalau mulakan dulu. Almaklum la diri ini kan pendatang.

Sekolah ni nampak je macam sekolah cina. Tapi rupanya ada aliran BM. Mean sekolah ni 2 aliran. Aku diberitahu yang sekolah ni merupakan sekolah paling tua di bandar Sibu. Dulu memang guna bangunan kayu. Dan...masih je bangunan kayu tu cuma ada perubahan sedikit la...

1st day aku di sini...cuma memperkenalkan diri, jumpa guru besar, bercakap-cakap dengan kerani dan guru je. Aku mintak pelepasan 1 day dari GB sebab nak cari rumah. Ye la sampai sekarang pun x jumpa rumah lagi. Xkan nak menumpang rumah orang sampai tua kan? Hahaha...melampau!

So, hari pertama aku hanya sampai jam 8.30 pagi...hihihih...Sempat ikut perhimpunan yang dilaksanakan 90% dalam bahasa cina. Aku blurr...lost in space sekejap. Nasib baik GB translate kan...kalau x? Heee...nasib baik GB baik...hensem...ramah...*puji nak cepat sah* ahahaha...joke ok! :p

sekitar ruangan bawah bangunan yg dijadikan dewan perhimpunan

Prasekolah aliran BM yang berada di belakang bangunan-bangunan sekolah ni...kedudukan yg agak tersorok...dan strategik!

Tadaaaaaaaaaaaaa!!! Hehehe...di sini la aku akan menaburkan bakti berkhidmat untuk nusa dan bangsa...ngeeee

Well...x banyak gambar yang aku ada...so sedikit tatapan buat korang. Ada masa lagi aku update lagi :)

p/s : Jangan menilai sesuatu dari sudut luaran sahaja...padan muka aku kot!