Thursday, February 28, 2013

Serius Aku Cuak!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...sebuah penantian. Dalam kesibukan aku menyiapkan diri menghadapi hari2 muka...chewah...banyak la muka kau! hehehe...

Hari ni memang hari 'super superb' bagi aku. Pagi-pagi la aku bangun...cuci muka...gosok gigi...pastu benda pertama aku tengok adalah handphone aku.

Almaklumla sebagai orang 'popular' x hengat ni biasanya pagi2 macam tu ada meseg masuk...hehehe...nasib x baik meseg mintak kasi siapkan assignment dengan cepat. *pagi2 kasi rosak aku punya mood!*

Sedang syok2 aku menjadi 'suri rumah' tiba2 handphone aku menyanyi2 je mintak check meseg masuk. Sebab malas nak layan aku buat derk je la. Alaaa...dalam hati aku paling-paling pun memang meseg tanya masih buat ni x? Masih ada ni x? *rezeki tu*. Tapi memandangkan baju banyak nak kena cuci, nak kena sidai lagi, nak kemas rumah lagi, pastu masak, so last2 aku biarkan je la meseg tu.

Tepat jam 11.30 tengahari kerja dah settle aku pun dah mandi siap2 baru tu la aku ingat nak bukak meseg tadi. Laaa...rupanya member satu kelas.

"Azie...dah check ke nama untuk penilaian khas?? Saya dah."
"Ye ke? Saya belum check lagi la...bz..."
"Baik call cepat...nanti kalau dah tau bagitau jugak ye"
"Okay2...hihih...tq Ayart!"

*aku dah siap2 alih bahasa dari bahasa sarawak sbb nak kasi sng paham semua pihak...bajet mcm banyak sangat la readers*

So, dapat je meseg tu apa aku buat? Heee...memang aku call terus la! Tapi x dapat2 nak tembus line. Ye la bukan aku sorang je yang call SPP masa tu nak tanyakan tentang penilaian khas ni. Sebab dah x dapat banyak kali jugak aku cuba aku pun berhenti kejap then bukak FB. Ye la tu rutin aku tu...siap dah masuk dalam jadual dah...hihihi...

Punya la banyak post member2 pasal penilaian khas ni. Ngeri la plak aku rasa bila ada sorang member tu kata dia x dapat panggilan interview malahan penilaian khas pun x dapat. Tiba2 hati aku rasa cam cuak je. Kalau kena kat aku memang aku nagis tak berlagu la!

Aku call lagi SPP. Dapat!!! Yesssss!!! Masa tu memang aku rasa cam nak bergoleng2 je. Tunggu beberapa minit dia sambungkan kat bahagian yang uruskan pasal penilaian khas. Dapat jugak connect line! Berganda-ganda yessss!!!

"Maaf...perkhidmatan kami sehingga jam 5 petang sahaja. Sila hubungi semula esok. Terima kasih..."

Kakak operator pulak yg jawab! Hampeh! Aku baru je nak kasi IC suruh dia check...
Ni memang tak boleh jadi. Esok pagi2 aku mesti call SPP! Naya aku kalau nama xde dalam penilaian khas...dah la x dapat interview lagi nih!


p/s : hati aku cuak!