Friday, January 25, 2013

Rancangan Pengajaran Harian

Assalamualaikum...

Rancangan Pengajaran Harian atau ringkasnya RPH digunakan sebagai rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan. Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran. Sebagai seorang guru profesional , kemahiran merancang dan menulis Rancangan Pengajaran Harian amat penting dan sesuai dengan tugas guru sebagai pengurus bilik darjah. Apabila seseorang guru dapat membina Rancangan Pengajaran Hariannya sendiri bermakna beliau telah dapat menguasai isii kandungan, kaedah pengajaran serta dapat meramalkan iklim bilik darjah yang akan dihadapinya.

KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
1. Merancang pengajaran guru dan pembelajaran murid dengan teliti agar menepati sukatan/standard pengajaran yang ditetapkan.
2. Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
3. Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran , meningkatkan kemahiran yang dikehendakki, menerap nilai-nilai murni dan proses penilaian yang terancang.
4. Persediaan mengajar juga dapat membantu guru mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan
5. Menyedia bahan bantu mengajar (BBM) dan strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan sesuai dengan tahap kemahiran murid.
6. Mengembangkan langkah aktiviti pengajaran secara lancar, tersusun dan sistematik
7. Guru dapat meramal situasi di dalam kelas seterusnya membuat persediaan langkah-langkah untuk mengatasi masalah.
8. Meningkatkan keyakinan diri guru semasa proses pengajaran berlangsung.
9. Memberi peluang kepada guru pengganti mengambil alih tugas pengajaran dengan mudah dan berkesan.
10. Pemantauan dan bimbingan oleh pihak pengurusan sekolah dapat dilaksanakan melalui Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan secara eksplisit oleh guru mata pelajaran .

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

* Masa
* Tema
* Tarikh
* Hari
* Tunjang (Standard Kandungan / Standard Pembelajaran)
* Aktiviti
* Bahan Bantu Mengajar (BBM)
* Kesepaduan / Nilai
* Catatan

Di sini saya ada menjual RPH yang telah saya sediakan sekali lembaran kerja dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian. RPH ini lengkap dari hari Isnin sehingga Jumaat. Saya juga menyediakannya dalam bentuk word yg boleh diedit.

Saya hanya akan mengeluarkan RPH mengikut minggu. Dengan harga RM10 sahaja. Contoh : Minggu depan adalah minggu kedua (Tema : Diri Saya), maka saya hanya akan mengeluarkan RPH bagi minggu tersebut sahaja. Saya belum menjual secara keseluruhan kerana belum siap sehingga minggu 42.


Skroll lagi ke bawah untuk lihat serba sedikit print screen RPH saya







RPH YG DAH SIAP BESERTA LEMBARAN KERJA DAN BAHAN BANTU MENGAJAR :

PART 1 :-
1) RPH Minggu 1
2) RPH Minggu 2
3) RPH Minggu 3
4) RPH Minggu 4
5) RPH Minggu 5
6) RPH Minggu 6
7) RPH Minggu 7
8) RPH Minggu 8
9) RPH Minggu 9
10) RPH Minggu 10

Harga : HARGA PROMOSI MINGGU 1 - MINGGU 10 RM20!!!

p/s : PART2 SETERUSNYA AKAN MENYUSUL!!!

1 Biskut bergolek:

Post a Comment

Biskut Bergolek Sedang Bercakap?