Wednesday, January 25, 2012

Photogenic Picture Contest!!!

Assalamualaikum....bersempena dengan hari rabu yang indah lagi comel ni...hahahaha...*ayat xleh blah* aku nak buat satu contest! Contest yang aku pun x tau nape aku bagi nama tu. Tapi contest ni terbuka kepada semua warganegara Malaysia *yang luar negara sorie x dapat la nak join...hihihi* Okay, ada tengok x banner kat bawah ni?? Haaa...ni salah satu benda wajib yang korang mesti ada kalau nak join contest ni!


okay, sebelum memanjangkan lagi story contets ni...aku nak senaraikan dulu hadiah yang akan dimenangi oleh pemenang kita

Pemenang 1 :  Perfume Escada @ Perfume Hugo Boss Soul
Wang Tunai RM 100
kalau pemenang 1 perempuan ni la hadiah dia...

kalau pemenang dia lelaki ni hadiah dia...

rm100!!!!!!!!!!!


Pemenang 2 : 2 Helai Shawl @ Jam Nike
Wang Tunai RM50
*abaikan wajah comot model itu~my sys*

shawl untuk pemenang perempuan

jam nike!!! untuk pemenang lelaki

wang tunai rm50!


Pemenang 3 : Wang Tunai RM50


Okay...suka x dengan hadiah2 tu?? Haaaa...kalau suka meh la join! Senang je kalo nak join contest ni. Korang cuma perlu................:

1) Buat entry tentang contest ni (WAJIB tempekkan skali banner atas tu) (copy paste je entry ni senang)

2) Follow BLOG aku ni bagitau kat chatbox tau korang dah follow :))

3) LIKE FanPage Penaja-Penaja Kita (WAJIB)

4) Paling penting letakkan gambar korang yang paling photogenic. Pastikan satu je tau. Lebih2 x kira...so mesti pilih baik2 punye! Aku akan upload pic korang tu dalam FanPage aku then korang boleh la minta sesapa member korang LIKE. Walaupun mcm tu pemenang tak dikira atas dasar LIKE semata2. Hanya untuk show kat korang yang korang ade join...Juri lebih ADIL!

5) Komen entry ni dan letakkan link blog korang kat dalam komen

6) Tag sekurang-kurangnya 3 orang! Lebih xpe jangan kurang okay :) Pastikan dia orang tahu tag anda itu....

Itu aje...enjoy!!! 
Contest bermula : 25 Januari 2012
Contest tamat : 25 April 2012
PENYERTAAN YANG KURANG DARIPADA 20 ORANG AKAN TERBATAL SERTA MERTA
p/s : X sabar nak tau sape pemenang wajah paling photogenic ni...hihihih...

Kiamat?? Ada Makna Dengan Ribut Geomagnetik??

Pada Ahad lepas (22 januari 2012) matahari telah mengeluarkan ribut magnatetic dan akan menyebabkan gangguan kepada satelit di bumi dan gangguan elektrik.  Bumi hampir dengan matahari jadi kesannya akan dapat dirasai, walaupun begitu ribut magnet ni tidak bahaya kerana hanya terjadi dalam skala 3 (daripada 5).

Masalah dan kesan dari ribut magnet
Ribut magnet yang melanda ni dikatakan paling kuat sejak 6 tahun, tetapi sinaran itu dijangka akan menyebabkan hanya masalah kecil dengan satelit, dan grid kuasa.
Seorng ahli fizik memberitahu di ABC news yang orang ramai tidak perlu bimbang tentang radiasi yang berbahaya.
Medan magnet di sekeliling Bumi melindungi kita. Itu salah satu daripada kelebihan Bumi. Ribut geomagnetic dijangka berlangsung selama satu hari.

Tenaga  magnet ini boleh mengganggu komunikasi radio frekuensi tinggi yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk mengemudi pesawat berhampiran dengan Kutub Utara, dalam penerbangan di antara Amerika Utara, Eropah dan Asia, jadi sesetengah laluan perlu diubah.
Memang kecoh pasal cerita2 bumi akan dilanda kiamat pada tahun 2012.. Semuanya kerana ramalan berlaku ribut di matahari.
Menurut laporan website British “New Scientist”, maksud dari ribut matahari atau solar storm adalah tentang kegiatan letupan yang berlaku di matahari atau sunspot.
Selalunya akan berlaku setiap 11 tahun. Para saintis  Amerika baru-baru ini meramalkan yang  tahun 2012 bumi akan mengalami ribut matahari yang dahsyat  atau dikenali Solar Blast.

Namun sebagai umat islam kita tak perlu percaya dengan ramalan sebegini. Tentang bila dan masa akan datang hari kiamat hanya Allah yang Maha Mengetahui, tidak ada sesiapa pun tahu mengenai hal tersebut.
Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat-ayat Al Quran dan hadis nabi Muhammad s.a.w yang sahih.
Allah berfirman:

“ Mereka bertanya kepadamu tentang Kiamat: ‘Kapankah terjadinya.’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Kiamat itu adalah pada sisi Rabb-ku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. ” (Al-A’raaf: 187)

p/s: mari kita sama sama berdoa agar tidak ada perkara buruk berlaku, berlindung dengan Allah.