Friday, June 1, 2012

Bahana Terlebih BEBAS Berinternet??

Assalamualaikum....sambil syiok2 buat lembaran kerja untuk budak-budak...cik Biskut terjumpa sesuatu. Agak menakutkan la terutama bagi kita-kita yang sering melayari internet ni kan. Hihihih...terutama bagi yang rajin mengumpat dan mengata individu lain haaaa...bahaya noksss! Ko jangan! Haaa...mak x nak kena saman...xde duit hokeyh! Kang x pasal-pasal muka yang comel ala-ala roti bantal ni terpampang kat surat kabor dek kelancangan berinternet hah! Tak ke tak pasal2 fofular! =p

bagi yang masih x tau xpe...Cik Biskut akan terangkan apa sebenarnya yang cik Biskut dok bebelkan ni...

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:

  • Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  • Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  • Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
  • …dan pelbagai perkara yang berkaitan.



Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.

Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.

Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.

::::::sumber >> amanz.com

p/s : ohhhh...tidak! takut aii nak jadi fofular...=p

Pemenang Photogenic Contest :)

Assalamualaikum...hihihih...okies kali ni cik Biskut nak hapdet pasal pemenang photogenic contest aritu. Ye la ramai dok tanya2 siapa pemenang kan. Ade la...cik Biskut hapdet kat page cik Biskut ni ha...SiBiskutRangup. Takpe2...xyah gado-gado k...kita makan gado-gado je...hihihihi

Okies u'olls....cik biskut yang comel lagi ayu dan bambam ini *alahai...syiok puji diri...lempang nak?* =p mengumumkan pemenang bagi contest yang dah pun tamat tu adalah....jeng...jeng...jeng....tadaaaa!!!!

alahai...manisnyeee...comeiiinyeee...Cik Biskut kan....alalala...*perasan je lebih!* okay , xnak kena lempang hehehe...

berhenti bermain guli biskut! penyek kang! haaa...*kejam...sadis tau :'( iye la...kite x comel dan cantik mantik macam pemenang kite ni...opsss....syarat menang bukan sebab cantik tau...tapi picture tu memang photogenic. Cik Biskut memang bukan photographer tapi apa yang cik Biskut faham penerangan daripada judges2 hari tu, photogenic ni maksudnya ape je gambo yang diambik daripada arah mana pun guna kamera apa pun akan tetap cantik dan syiok dipanjang! X jemu la nak tengok! Haaa....paham ke x ni? Dok nganga je...ekekekek...

So, ni la pemenang kita *kali ni serius okies...:)

Pemenang Tempat Pertama...mendapat hadiah berupa Percutian di bilik sendiri, dalam rumah sendiri! Syiokkk! Sori...hadiah nye bole nengok sini la...Cik Biskut dah bagitau hari tu kan? :)

1st....Tahniah :)

2nd...Tahniah jugak :)

3rd...bagi Tahniah jugak...

hihihi....yang x menang boleh cuba lain kali...haaaa...kali lain tu cik Biskut akan cari pula penaja yang gojes mojes macam kali ni jugak...

p/s : setiap gambar pemenang adalah milik individu tersebut...cik biskut cuma masukkan sebagai peserta contest...jangan ada copycat okies! ;)

Selamat Menyambut Hari Gawai :)

Khas buat kawan-kawan cik Biskut yang menyambut gawai....cik biskut wish hepi GAWAI! Jangan lupa tahun ni tahun terakhir kita, sem terakhir sem depan...perjuangan masih belum selesai *eh, salah ucapan minah ni...sepak laju2!* hehehehe...selamat hari gawai, balik ip nanti jangan lupa bawak kuih muih sedap2...:)


Eeehhh...x lupa! Buat kawan-kawan di IP yang Sabahan...wish u'olls Hepi Keamatan Day! *gatai sepeking...=p*




p/s : tak sabo nak nyambut raya! ;)