Friday, January 27, 2012

Rumah Sewa

Assalamualaikum...x lama lagi dah nak start praktikum. Nasib baik semua persediaan dah dibuat awal-awal. Rumah sewa dah cari, guru pembimbing dah jumpa, bahan-bahan keperluan nak pindah rumah & segala-galanya la semuanya dah disiapkan. Hope bila masuk rumah sewa lepas ni tak la timbul masalah pulak.

SK Sibu Jaya, sekolah yang well aku boleh kata agak menarik dan besar. Nasibla x jauh sangat dari rumah sewa aku tu. Mula-mula tu ingatkan aku akan dapatlah kuarters guru yang kosong. Rupanya x dapat jugak. Tapi x pe la, sebab rumah sewa yang aku dapat ni pun x kurang hebat jugak. Boleh tahan. Besar pun besar. Cuma kotor sikit la sebab tuan rumah kata ada la dalam 2 bulan dah xde orang menyewa semenjak penyewa yang asal tu pergi. Okay, daripa aku mencoret x tentu hala pasal rumah sewa aku tu cantik, besar, bla, bla, bla baik korang tengok & nilai sendiri. bagi aku syukur alhamdulillah la dengan apa yang ada asalkan ada rumah untuk berteduh dari hujan dan panas....:)
kereta aku le tu....hihihih

depan rumah

ruang tamu

dari dalam rumah

bilik 1

bilik 2

laluan ke dapur

ruang kosong ni ada washing machine!!! xyah susah2 cuci tangan

meja makan

tempat masak...alamak belum kemas daaaa....

peti sejuk pun ade diprovide

toilet

bilik mandi....boleh tahan besar

abaikan kain buruk itu ye....dah nama pun kain buroksss

pandangan dari sudut tepi

Haaaa....apa korang rasa bila tengok rumah sewa aku ni? Okay la kan? Hehehe...rm400 sebulan. Okay le tu! ;)

Wednesday, January 25, 2012

Photogenic Picture Contest!!!

Assalamualaikum....bersempena dengan hari rabu yang indah lagi comel ni...hahahaha...*ayat xleh blah* aku nak buat satu contest! Contest yang aku pun x tau nape aku bagi nama tu. Tapi contest ni terbuka kepada semua warganegara Malaysia *yang luar negara sorie x dapat la nak join...hihihi* Okay, ada tengok x banner kat bawah ni?? Haaa...ni salah satu benda wajib yang korang mesti ada kalau nak join contest ni!


okay, sebelum memanjangkan lagi story contets ni...aku nak senaraikan dulu hadiah yang akan dimenangi oleh pemenang kita

Pemenang 1 :  Perfume Escada @ Perfume Hugo Boss Soul
Wang Tunai RM 100
kalau pemenang 1 perempuan ni la hadiah dia...

kalau pemenang dia lelaki ni hadiah dia...

rm100!!!!!!!!!!!


Pemenang 2 : 2 Helai Shawl @ Jam Nike
Wang Tunai RM50
*abaikan wajah comot model itu~my sys*

shawl untuk pemenang perempuan

jam nike!!! untuk pemenang lelaki

wang tunai rm50!


Pemenang 3 : Wang Tunai RM50


Okay...suka x dengan hadiah2 tu?? Haaaa...kalau suka meh la join! Senang je kalo nak join contest ni. Korang cuma perlu................:

1) Buat entry tentang contest ni (WAJIB tempekkan skali banner atas tu) (copy paste je entry ni senang)

2) Follow BLOG aku ni bagitau kat chatbox tau korang dah follow :))

3) LIKE FanPage Penaja-Penaja Kita (WAJIB)

4) Paling penting letakkan gambar korang yang paling photogenic. Pastikan satu je tau. Lebih2 x kira...so mesti pilih baik2 punye! Aku akan upload pic korang tu dalam FanPage aku then korang boleh la minta sesapa member korang LIKE. Walaupun mcm tu pemenang tak dikira atas dasar LIKE semata2. Hanya untuk show kat korang yang korang ade join...Juri lebih ADIL!

5) Komen entry ni dan letakkan link blog korang kat dalam komen

6) Tag sekurang-kurangnya 3 orang! Lebih xpe jangan kurang okay :) Pastikan dia orang tahu tag anda itu....

Itu aje...enjoy!!! 
Contest bermula : 25 Januari 2012
Contest tamat : 25 April 2012
PENYERTAAN YANG KURANG DARIPADA 20 ORANG AKAN TERBATAL SERTA MERTA
p/s : X sabar nak tau sape pemenang wajah paling photogenic ni...hihihih...

Kiamat?? Ada Makna Dengan Ribut Geomagnetik??

Pada Ahad lepas (22 januari 2012) matahari telah mengeluarkan ribut magnatetic dan akan menyebabkan gangguan kepada satelit di bumi dan gangguan elektrik.  Bumi hampir dengan matahari jadi kesannya akan dapat dirasai, walaupun begitu ribut magnet ni tidak bahaya kerana hanya terjadi dalam skala 3 (daripada 5).

Masalah dan kesan dari ribut magnet
Ribut magnet yang melanda ni dikatakan paling kuat sejak 6 tahun, tetapi sinaran itu dijangka akan menyebabkan hanya masalah kecil dengan satelit, dan grid kuasa.
Seorng ahli fizik memberitahu di ABC news yang orang ramai tidak perlu bimbang tentang radiasi yang berbahaya.
Medan magnet di sekeliling Bumi melindungi kita. Itu salah satu daripada kelebihan Bumi. Ribut geomagnetic dijangka berlangsung selama satu hari.

Tenaga  magnet ini boleh mengganggu komunikasi radio frekuensi tinggi yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk mengemudi pesawat berhampiran dengan Kutub Utara, dalam penerbangan di antara Amerika Utara, Eropah dan Asia, jadi sesetengah laluan perlu diubah.
Memang kecoh pasal cerita2 bumi akan dilanda kiamat pada tahun 2012.. Semuanya kerana ramalan berlaku ribut di matahari.
Menurut laporan website British “New Scientist”, maksud dari ribut matahari atau solar storm adalah tentang kegiatan letupan yang berlaku di matahari atau sunspot.
Selalunya akan berlaku setiap 11 tahun. Para saintis  Amerika baru-baru ini meramalkan yang  tahun 2012 bumi akan mengalami ribut matahari yang dahsyat  atau dikenali Solar Blast.

Namun sebagai umat islam kita tak perlu percaya dengan ramalan sebegini. Tentang bila dan masa akan datang hari kiamat hanya Allah yang Maha Mengetahui, tidak ada sesiapa pun tahu mengenai hal tersebut.
Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat-ayat Al Quran dan hadis nabi Muhammad s.a.w yang sahih.
Allah berfirman:

“ Mereka bertanya kepadamu tentang Kiamat: ‘Kapankah terjadinya.’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Kiamat itu adalah pada sisi Rabb-ku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. ” (Al-A’raaf: 187)

p/s: mari kita sama sama berdoa agar tidak ada perkara buruk berlaku, berlindung dengan Allah.

Tuesday, January 24, 2012

Selamat Tahun Bari Cina!!!

Bersempena dengan semangat 1 Malaysia ni, aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BERBANGSA CINA!!!

Heheheh...cuti seminggu ni aku ambik kesempatan nak balik rumah. Rehatkan otak berserabut...mana taknya mana nak praktikum lagi, atur semula fail2 untuk aaudit MQA lagi...aduyai...banyaknya kerja. Kenapa la sem ni jugak yang kena?! Hurmmm...lepas cuti ni aku dapat menstabilkan semula hidup aku...amin!

Sempat jugak memenuhi undangan jiran sebelah untuk makan2 kat rumah dia...syok2 aku makan pastu balik rumah baru pk halal ke x ye? Sebab xde katering...dia sendiri yang masak...pastu pulak pinggan mangkuk gelas cawan sudu?? Adui2! Ni memang fikir nak melantak tu yg sembat je...tawakal je la...sebab makcik2 dari jiran2 sebelah2 pun dok ok je...mungkin sebab kita org sampai agak lewat tadi x tau kot mungkin uncle & auntie tu ade gtau dia org guna halal stuff punya...fuh! *i hope*

yang baju hitam tu tuan tanah

ni makcik2 sebelah rumah...jiran arrr

anak dia cute kan?? 

ni ntah sape la sesat nie...adik aku dengan anak amoi ni dah mcm adik beradik plak...sejibikk!!!

p/s : aku masih khuatir nih....errrkkk...halal ke?? hehehehe....

Friday, January 20, 2012

MQA vs PRA

Dengar je nama MQA terus kecut perut....hurm, berita yang bagi aku sangat x bez nak didengar...sepatutnya hari jumaat yang indah lagi mulia ni la kami semua fikir nak balik je, cuti rehat sebelum praktikum. Tapi dikejutkan pulak dengan berita yang hampeh ni. Kenapa la di saat macam ni kami jugak yang kena audit?? Nape x kelas lain je! Aduiiii! Ingat senang ke nak atur balik semua fail2 lama tu? Dah la aku bukan main lagi siap bawak balik rumah....cisdale! Nampaknya berat lagi la aku balik IP lepas cuti ni...kena lagi bawak balik fail2 tu ke sini.,...menyesal aku bawak balik! Salah korang la ni...dulu orang tanya bawak balik x?? Kata bawak...kan dah susahkan aku! Eeeeee...sengal!!!




Kalau boleh nak je aku jadi doraemon...lepas tu cepatkan masa berlalu. X pun aku siapkan semua fail2 dengan kuasa doraemon aku tu...haaa...datang la MQA ade aku kisah! Masa tu semua fail dah tersedia untuk disemak...aku pon dah ready untuk dtanya...silakan...silakan...tanyalah aku yang serba tahu ini...silakan!



Kalau aku doraemon! Masalahnya aku bukan doraemon! Doraemon pun kalau diberi pilihan x nak dia jadi aku...buat apa nak keja susah kalo jaga Nobita lagi senang ye x?? 




Hari tu jugak la meeting tergempar kelas diadakan. Aku dapat bahagian melabelkan bahagian yang patut. Kepada rakan2 aku dah buat tugas aku. Ni cuma bukti supaya nanti kita ada alibi untuk kata kita dah tandakan bahagian kita....lega walaupun cuma 1% je bahagian yang baru disediakan sebelum ambang MQA tiba...



p/s : Semoga segala berjalan lancar...amin....:)

Wednesday, January 18, 2012

Praktikum Fasa 3~Sudah Sinonim Atau Masih Antonim II

Kalau nak ikutkan, x payah lagi dah taklimat...semua dah otai2...tapi memandangkan subjek baru nak kena juga observe nanti so kena jugakla hadirkan diri untuk taklimat praktikum ni...Lagipun ilmu kan,,,x rugi :) Cuma mungkin aku rasa persoalan tentang sinonim dan antonimnya aku dengan prasekolah belum lagi selesai seperti yang sepatutnya berlaku...

Mr Law...syok memberi taklimat

di mana aku??

sk sibu jaya................

lepas ni boleh la berkenal-kenalan ye...guna surat ni jer...=p

p/s : praktikum terakhir...gambate! chayo! fighting!

Tuesday, January 17, 2012

Kaunseling Untuk Orang Bermasalah!

AMARAN : Entry sedikit berilmiah ye...*sedikit la...*

Assalamualaikum....kalo baca je dari tajuk mesti korang rasa betul kan?? *bagi yg xtau la...xyah nak geleng2 kepala!* Sebenarnya aku x la salahkan korang kalau korang rasa macam tu, sebab aku sampai sekarang pun rasa macam tu fikir macam tu. Mana ada orang xde masalah jumpa kaunselor?? Saje je nak dating kot?? alo kaunselor tu muka ayu cantik manis hensem lagi bergaya la kan....kalo perut boyot macam ngandung anak gajah 10 tahun ade ke?? 

 syok sangat menulis surat cinta sampai terduduk2 kat lantai!

rehan siap cepat sebab cover tulis surat cinta untuk diri sendiri...patut la dapat 2 surat! hihihi

hai...ampaun...kakimu di mana?? hahaha

mat bon prasekolah bergaya...surat dah siap ke mat??

Okaylah, x payah la aku panjang2 kan cerita yang berbelit sampai terbelit minda korang nak membacanye ye...okay, mula2 aku heran la jugak. Apesal la IP ni sebok2 je nak bagi kita orang ni kaunseling bersempena dengan praktikum terakhir kita orang ni. Apa? Ingat kita orang dah lemah semangat sangat ke nak g skolah? Tu apa yang aku fikir la...x tau la apa yang orang lain fikirkan.






Sebenarnya, aku x berapa la nak paham sangat isi kandungan yang dikandungkan dalam ceramah2 taklimat2 berjela kaunselor2 tu...apa yang aku paham aku g skolah, buat kerja aku jangan kacau kerja orang! Settle! Tapi sebenarnya, ada yang tersirat di sebalik kejelaan sesi taklimat kaunselor tu...macam2 perkara yang cuba dirungkaikan. Kadang2 kita manusia ni x pernah pun terfikir tentang permasalahan kecil yang berlaku di sekeliling kita, sebaliknya kita sebok mendongak langit mencari cari kot2 ade masalah besar yang boleh kita 'TOLONG'...






Bagi aku, sebagai orang baru dalam dunia pendidikan ni, mencurah ilmu itu bukanlah satu kerja yang enteng. Ingat senang ke nak bagi orang suka kat kita?? Kalo nak bagi orang benci senang la...meh aku bagi petua...senang je...kalo lalu sebelah orang tu hari2 kalo dah sah x suka kat sia buat la tercium bau kentut ke pastu cakap kuat2 'hoi...sape kentut!!!'...confirm kalo hari2 korang buat kat orang tu mesti dia benci kat korang.,..pssttt...'usaha tangga kejayaan'...








Haaa...itu la maksud aku dalam contoh yang paling mudah...jadi kalau na jadi cikgu ni kena persiapkan diri supaya xla nanti keluar berita ade cikgu naik minyak, jadi orang minyak, tunggang gajah minyak ke ape ntah...Memanglah kita guru ni insan biasa tapi sedar x sebenarnya bermula dengan kitalah wujudnya insan luar biasa?? sedar x? sedar x? sedar x nie? X sedar jugak?? Pasni aku sedarkan korang dengan ilmu kesedaran tahap tinggi! Tengok la gambar2 masa sesi kaunseling ni...hahahaha...ade ke yang terkena?






















p/s : insan paling hebat dalam dunia bermula dengan secebis ilmu seorang guru ~ kata2 pendita yang aku buat2...tapi aku rasa cam betul je...hihihih...