Thursday, December 29, 2011

Bala dan Ujian Peringatan atau Balasan??

Assalamualaikum w.b.t...hari ini bangun pagi kerana dikejutkan ayahanda. Panggilan khas dari Sibu. Bukan sekadar bertanya...
 "sudah bangunkah?" 
"adik2 dah makan?"
 "dah mandi semua?"
 "ada sape2 yg keluar jenjalan ke?"

*credit gambar-Utusan Harian*

 sebaliknya panggilan khas sebab nak mintak penjelasan mengenai satu perkara yg pada mulanya membuatkan aku melonjak kegembiraan! Yup...kes kejadian tanah runtuh di kilometer Serian-Sri Aman. Aku yang mamai-mamai terus terbangun bukak laptop dan surf. Terkejut dengan apa yang aku lihat telefon pantas dicapai semula. Panggilan ayahanda bersambung kembali. 

"ya...tanah runtuh...jalan pecah...then maybe agak panjang sbb dalam news kata 50 m"
"teruk ka??"
"agak teruk...sedalam 17km....but still ada jalan alternatif yang lain"
"jalan alternatif dari.....??"
"dari Serian kita boleh guna simpang kampung Slabi...dan dari Sri Aman kita boleh guna jalan tikus simpang kampung Krait Batu 11"
"ada diberitahu arah jalannya??"
"x ada...tapi mungkin dah ada papan tanda untuk bantu pengguna jalan raya...dan mungkin polis pun ada, ada kenalan yg beritahu jalan agak sempit...mungkin sedikit sukar untuk dilalui"
"okay...apa2 nanti inform balik"

dan panggilan diletakkan....fikiran aku mula merewang. Kalau la macam ni x dapat la balik IP! Yeahhhh! Bersorak gembira hati aku. Tapi cuti xkan dipanjangkan punya....ptuihhh! Mesti pihak IP akan kata...boleh guna jalan air or flight. Anak org kaya boleh la guna flight...duit macam daun kayu. Yang macam kita org nie?? Lepas tu aku terfikir...x sepatutnya aku gembira dengan keadaan macam ni. Sepatutnya aku berfikir kenapa perkara ini berlaku. 

Ya! kalau dari sudut sainsnya memang kejadian macam ni berlaku disebabkan mendapan yang terhasil dek air pasang yang x henti2 dan hujan *banjir la kan*. Tapi kalau dilihat dari sudut yang lain pula...mungkin ini bala yang Allah turunkan agar kita semua insaf dan bersedia dengan segala musibah lain yang bakal berlaku lagi. Mana tau kan? Ini mungkin sebagai tanda peringatan untuk kita dan bukannya sebagai tanda kita boleh bersuka-suka apabila perkara sebegini menyebabkan kerja-kerja kita tertangguh!

*credit gambar-Sheikh Hafieq FB*

Aku sedar mungkin ramai antara individu2 yang bercakap mengenai perkara ini seperti juga aku. Tetapi cakap kosong tanpa ada kesedaran sendiri dalam diri ini belum mampu lagi untuk membantu  kita berhadapan dengan bala/ujian yang lebih berat daripada-Nya. Baru sedikit yang Dia turunkan. Lihat juga yang berlaku di Terengganu. Itu jauh dari tempat aku...walaupun 1 Malaysia mungkin agak x terasa dek jarak tempatnya. Tapi kini depan mata kejadian begini berlaku. Kalaulah bala yang Allah turunkan di setiap tempat tanpa ada pengecualian begini apa masih lagi ada antara kita yang masih membutakan mata dan memekakkan telinga??

p/s : Subhanallah! Kuasa Allah itu Maha Besar...bertaubatlah kita selagi pintu taubat masih terbuka luas! Berpesan-pesanlah kita untuk kebaikan bersama...Mohon ayahanda dan bonda tersayang selamat pulang ke Kuching...

2 Biskut bergolek:

e F a said...

nang teruk juak ooo... sian org balit pki darat, paksa pki jln alternatif lain

Miss Z @ Si Biskut Rangup said...

@e F a ya la ...tapi bapak mek madah masa cdak nya balit dari sibu malam tadik, dah ok dah jalan...cuma belum dturap balit...hope nya akan cepat siap la...sbb kan ya main road bah.

Post a Comment

Biskut Bergolek Sedang Bercakap?