Thursday, January 31, 2013

Akulah Superrrrrr!!!

Assalamualaikum...tadi petang masa tengah dok hantar barang2 kt customer, rupa2nya sorang customer aku tu keja kat PPD Samarahan (Sarawak). Alang2 dah hantar barang tu, aku pun tanya la kat kaunter bahagian penempatan sk/smk tu. 

Aku : Selamat petang puan... (staff tu non muslim -skema oiii)
Puan (err...xtau nama...xdan nak tengok nametag...kalut nak tanya kan) : "Selamat petang...ye, boleh sy bantu?" 
Dalam hati aku...amboi baik nya puan nih...hilang terus dobar den! Ahaha...
Aku : Puan, xde lagi ke berita pasal posting untuk budak2 PISMP yg baru habis bulan 11/12 tahun lepas?
Puan X Tau Nama : Xde lagi la...
Aku : Satu berita pun langsung xdak ka puan?" (amboi ckp penang la plak...ahaha)
Puan X Tau Nama : Memang xde...kami pun tengah tunggu JPN. Sekarang ni JPN pun belum dpt bgtau apa2 sbb mmg xda berita langsung
Aku : Kesian budak2 tu kan puan...terpaksa tunggu...lama dah cuti...xdak buat pa...dok depan laptop je manjang bukak group nengok mana tau ada berita sensasi pasal posting ni..
Puan X Tau Nama : Ouh...ye ke? Laa....errmmm sy mmg xleh la nak bgtau apa. Sbb kalau cakap nanti jd mcm 1 janji plak
Aku : Hehehe...cukup la 1 Malaysia puan...xyah la 1 janji plak
Puan X Tau Nama : ha'a...eh, awak ni datang sini tanya tu je ke?
Aku : X...sy hanta barang customer...
Puan X Tau Nama : Barang apa??
Aku : alaaaa.....(aku pun dok pomot...tu xyah crita la....panjang lebar...ahahah)

LAST...LAST...

Puan X Tau Nama : Nanti boleh la beli dr awak...
Aku : Boleh!!!! (rezeki...mashukkk sudah jarum emas)
Puan X Tau Nama : Awak tanya pasal budak posting tadi siap cakap kesian2...kenapa? Ada kawan ke yg x posting tu?
Aku : Hehehe...saya la tu puan...tu yg jadi bisnesswoman superwoman superanak superkakak di rumah tu...

Xdan puan tu nak melayan aku borak akhirnya dengan pemanis mulut "kalau nak order brg ni no sy" ahahaha...lepas tu aku balik la...kacau orang lama2 kang aku plak kena balun :p 


p/s : Aku cuma nak bgtau ni je...hihihih...jangan geram2 tau....xbaik...dok solat doa banyak2! :) 
p/s/s : Aku masih nak cuti....KPM tolong tambah cuti k *ABAH KAU!!!* :p

Wednesday, January 30, 2013

Surat Cinta Ke??

Assalamualaikum!!!

Pagi ni dapat surat cinta...cer teka...cer teka dari siapa la agak-agak nya kan...

Heee....ok, xyah rahsia-rahsia sangat.. Bukan jambu pun kalau rahsia-rahsia ni kan?

*bila masa aku jadi PUAN ni???* -.-

Yaaaa....! Memang x salah lagi...'Kekasih Lama' muncul kembali...hahaha...setelah 7 tahun menyepi...akhirnya...tadaaa!!!! Kau utuskan surat je ye...

Lama dah aku x join benda ni...agak berkarat sikit otak...perghhh...last aku g MPR 1st Season  2005 *ceh...dah macam cita omputeh main season bagai*


Cer tengok tempat tu...haaaa...Merdeka Palace wokkk...ko ada??

Aku memang akan pergi. Mana tau kot jumpa la member lama...hihihi

p/s : dah lama sangat tak menulis...setakat merapu dalam blog ni boleh la...huh!



Friday, January 25, 2013

Rancangan Pengajaran Harian

Assalamualaikum...

Rancangan Pengajaran Harian atau ringkasnya RPH digunakan sebagai rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan. Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran. Sebagai seorang guru profesional , kemahiran merancang dan menulis Rancangan Pengajaran Harian amat penting dan sesuai dengan tugas guru sebagai pengurus bilik darjah. Apabila seseorang guru dapat membina Rancangan Pengajaran Hariannya sendiri bermakna beliau telah dapat menguasai isii kandungan, kaedah pengajaran serta dapat meramalkan iklim bilik darjah yang akan dihadapinya.

KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
1. Merancang pengajaran guru dan pembelajaran murid dengan teliti agar menepati sukatan/standard pengajaran yang ditetapkan.
2. Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
3. Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran , meningkatkan kemahiran yang dikehendakki, menerap nilai-nilai murni dan proses penilaian yang terancang.
4. Persediaan mengajar juga dapat membantu guru mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan
5. Menyedia bahan bantu mengajar (BBM) dan strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan sesuai dengan tahap kemahiran murid.
6. Mengembangkan langkah aktiviti pengajaran secara lancar, tersusun dan sistematik
7. Guru dapat meramal situasi di dalam kelas seterusnya membuat persediaan langkah-langkah untuk mengatasi masalah.
8. Meningkatkan keyakinan diri guru semasa proses pengajaran berlangsung.
9. Memberi peluang kepada guru pengganti mengambil alih tugas pengajaran dengan mudah dan berkesan.
10. Pemantauan dan bimbingan oleh pihak pengurusan sekolah dapat dilaksanakan melalui Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan secara eksplisit oleh guru mata pelajaran .

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

* Masa
* Tema
* Tarikh
* Hari
* Tunjang (Standard Kandungan / Standard Pembelajaran)
* Aktiviti
* Bahan Bantu Mengajar (BBM)
* Kesepaduan / Nilai
* Catatan

Di sini saya ada menjual RPH yang telah saya sediakan sekali lembaran kerja dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian. RPH ini lengkap dari hari Isnin sehingga Jumaat. Saya juga menyediakannya dalam bentuk word yg boleh diedit.

Saya hanya akan mengeluarkan RPH mengikut minggu. Dengan harga RM10 sahaja. Contoh : Minggu depan adalah minggu kedua (Tema : Diri Saya), maka saya hanya akan mengeluarkan RPH bagi minggu tersebut sahaja. Saya belum menjual secara keseluruhan kerana belum siap sehingga minggu 42.


Skroll lagi ke bawah untuk lihat serba sedikit print screen RPH saya







RPH YG DAH SIAP BESERTA LEMBARAN KERJA DAN BAHAN BANTU MENGAJAR :

PART 1 :-
1) RPH Minggu 1
2) RPH Minggu 2
3) RPH Minggu 3
4) RPH Minggu 4
5) RPH Minggu 5
6) RPH Minggu 6
7) RPH Minggu 7
8) RPH Minggu 8
9) RPH Minggu 9
10) RPH Minggu 10

Harga : HARGA PROMOSI MINGGU 1 - MINGGU 10 RM20!!!

p/s : PART2 SETERUSNYA AKAN MENYUSUL!!!

Wednesday, January 23, 2013

TEMPAHAN BUAT ASSIGNMENT!!!

Assalamualaikum...bagi sapa2 yang rasa malas nak buat assignment disebabkan kemalasan melampau hehehe ataupun banyak sangat kerja bolehlah mencuba nasib dengan menempah kami untuk buat ye. Kami berikan harga berpatutan dan murah kepada anda jika dibandingkan dengan pihak lain di luar sana!!! Cepat grab peluang keemasan ni!

SYARAT-SYARAT :-
1) Hantarkan contoh soalan tuan/puan ke email azie_laila@yahoo.com.my
2) Pastikan tempoh masa sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh akhir.
3) Separuh daripada bayaran perlu dibuat bagi mengelakkan 'backout person/buyer'
4) Oleh kerana masa 'offer' sudah tidak dijalankan maka harga telah kembali kepada harga asal.
5) Seorang individu hanya boleh menghantar dua tugasan dalam 1 masa
6) Tempoh tugasan siap 1 tugasan = 1 minggu

HARGA 1 TUGASAN :-
tugasan lengkap, mempunyai pendahuluan, isi mengikut rubrik, penutup, bibliografi, lampiran rujukan dll bahan berkaitan akan dimasukkan) - rm150

CARA MEMBUAT TEMPAHAN DAN PEMBAYARAN :-
Hantarkan soalan tugasan ke alamat di bawah dan tunggu balasan.
Format : Muka Depan (mengikut IPG/U masing2)
Melalui Email : azie_laila@yahoo.com.my
Facebook : Sibiskutrangup[dot]belogsepot[dot]com

p/s : Nombor akaun akan diberikan kepada individu yang benar-benar berminat sahaja.

Saturday, January 19, 2013

Gadis LISTEN!!! LISTEN!!! LISTEN!!!

Assalamualaikum readers!!! 

Tajuk nak gempak je kan...hihihi...uolss mesti dah tau kan fenomena LESTEN! LISTEN! LISTEN! tu...ahahah...sapa x tau ce google sat noo...haaa...pastu pakat ramai2 mai sini balik.

Entri ni aku buat bukan la pasal aku nak korang LISTEN apa yang aku nak tulis..*dah tulis mana dah nak LISTEN...READ je la kan. heheh...

Selama ni aku memang x tau LEMBU, KAMBING, KUCING, IKAN JAWS, AYAM tu semua ada masalah. Korang tau?? Kalau x dek fenomena LISTEN! LISTEN! LISTEN! ni memang aku xtau...ahahaha...*saja je bagi CAPS LOCK kat LISTEN tu*

Walaupun fenomena ni dah lama berlalu...aku yang kuno lagi ortodoks idop lam gua ni nak jugak la buat entry pasal benda ni. Ye la, sebulan lebih dah fenomena nie dan aku baru sekarang je nak mengentrykan diri *??*

Daripada apa yang aku tau la pasal fenomena ni, semuanya berkisar atas satu perkara. Iaitu MASALAH! MASALAH! MASALAH! Xdak masalah so xdak la orang nak LISTEN! Haaa....sekarang ni masalah aku x krj lagi...sapa nak bagi aku kerja?? haaa...masalah tu. Masalah besaq!

Balik kat tajuk...sapa2 belum kenal lagi GADIS LISTEN yang aku katakan tu...haaa...ni la biodata dia serba sedikit yg aku search kat google.

Nama: K.S. Bawani
Umur: 27 tahun
Asal: Kampar, Perak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini, sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Utara Malaysia.
Penglibatan:
> Penyelaras dan pengasas Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
> aktivis PSM tapi bukan ahli
> Ahli Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Mahasiswi (JKMI) Universiti Kebangsaan Malaysia
> Ahli Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit)
Bawani ni memperjuangkan isu pendidikan percuma sejak tahun 2009. Masa aku tengok kat utube hari tu memang rasa cam nak marah je kat dua2 manusia ni la...ahahah...x pasal2 aku pun turut teremo jugak. Tapi, ada satu lagi benda yg buat aku berfikir lepas tu bila baca pasal 'sesuatu' ni yg aku jumpa di fB. Korang boleh nilaikan sendiri la lepas baca...hehehe...

LISTEN!! KRONOLOGI KES LISTEN BAWANI@ UUM

Daripada seorang sahabat yang ada di tempat kejadian #Listen. sila lihat kronologi di bawah.

Saya akan cuba jelaskan apa yang berlaku kerana saya adalah salah seorang yang berada di dalam dewan terbabit dan mengikuti perkembangan forum ini seawal seminggu sebelum forum ini berlangsung, kerana minat sebagai seorang mahasiswa terhadap tajuk forum berkenaan pada awalnya. Saya akan cuba jelaskan dalam bentuk kronologi;

[SEBELUM PROGRAM]

Seminggu sebelum forum ini berlangsung, saya sudah mendaftarkan diri sebagai peserta sewaktu borang pendaftaran diagihkan di dalam kelas, kenapa saya begitu cepat untuk mendaftarkan diri? adakah saya ini peminat Puan Sharifah? Harus untuk kamu semua tahu, bahawasanya sewaktu publisiti program itu di gembar gemburkan beberapa perkara menarik minat diri ini untuk turut serta ;

[1] TAJUK
Tajuk forum pada hari kejadian yang digembar-gemburkan ialah "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik?" cukup jelas dan umum. Ini perkara pertama yang membuatkan saya mendaftar sebagai peserta tanpa berfikir panjang.

[2] MODERATOR
Moderator pada hari kejadian dikatakan saudara yang saya hormati YDP MPPUUM (gambar) sendiri iaitu Saudara Ku Amirul, dia adalah pimpinan tertinggi di dalam kampus ini, wajar bagi saya menaruh harapan besar untuk mendengar penjelasan beliau tentang "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK?".

[3] MISTERI PANELIS
Panelis jemputan pada hari kejadian di"rahsia"kan, saya ini jiwa ingin tahu, jiwa mencari ilmu, jiwa mencari solusi, apabila panelis di"rahsia"kan, hati saya membuak-buak mencari siapakah mereka? Sememang hati saya berteka-teki mungkinkah tokoh-tokoh ilmuan negara? ataupun ahli akademik yang berautoriti tinggi akan mengupas tajuk ini.

Tiga point di atas menjadikan saya mungkin antara peserta terawal mendaftar, nampak seperti gelojoh, tapi gelojoh saya gelojoh gilakan "ilmu".

Adakah persoalan saya "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK" selama ini akan dijawab pada hari kejadian dengan berlandaskan prinsip-prinsip ilmu dan keterbukaan agama?

[SEWAKTU PROGRAM]

~SEJAM AWAL PROGRAM~
Saya berada di sana 9.15 pagi lebih kurang, sewaktu penulis sampai, makan pagi disediakan, makanan disediakan untuk 2000 peserta, "tingginya peruntukan program ni". Saya masuk dewan, dan saya lihat background pentas tertulis satu tajuk yang berlainan dengan apa yang saya ketahui sebelum ini,adakah tajuk diubah? menunggu dan menunggu lebih kurang pukul 10 pagi barulah persoalan penulis terjawab dengan ketibaan vip jemputan dan panelis diumumkan.

Antara 4 panelis :
1. Presiden Pertubuhan Suara Wanita 1malaysia
2. Peter Yap (sales man)
3. Gulam Muzafar (banker)
4. Mazli Mutazam (Pengetua Kolej Proton, UUM)

~ 2 JAM AWAL PROGRAM~

Saya sedikit kecewa dengan senarai panelis yang ada namun kerana jiwa ini dahagakan penjelasan mengenai isu ini, terus berada di dalam dewan terbabit moga-moga, mereka dapat mengulas tajuk ini dengan baik. Malang kerana apa yang saya hajati tak tercapai dan lebih malang lagi forum telah berubah kepada isu kepimpinan wanita, dan ini senarai isu yang dimainkan

[1] Ambiga pencetus demokrasi.

[2] Kes Nurul Izzah dengan kebebasan beragama.

[3] Bersih.

[4]Mahasiswa berdemonstrasi PTPTN.

Dari 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari, isu ini lah yang diulas, langsung tiada hujah ilmiah dan hanya membawa pandangan sebelah pihak, berulangkali panelis-panelis di atas sana menyatakan bahawa mereka tidak berpolitik kepartian tetapi ingin menunjukkan pimpinan wanita yang bermasalah di negara dan ingin dijadikan iktibar, saya akur! Tapi kenapa pimpinan pembangkang sahaja yang diserang? maksumkah pimpinan wanita kerajaan? mana kes menteri Shahrizat Jalil dengan NFC? kes "First Lady" Rosmah Mansur dengan cincinnya? satu sahaja ingin saya utarakan, adakah adil kamu menyerang sebelah pihak hanya kerana "mereka" berhaluan kiri?

~SEJAM SEBELUM TAMAT PROGRAM~

Saya melihat di sebelah, seorang peserta sedang menulis di satu helaian borang, bila saya perhatikan, ada yang tidak kena dengan helaian borang ini, yang menganjurkan adalah NGO tetapi kenapa di bawah helaian kertas ini berisikan biodata diri dan tempat mengundi dun dan parlimen.

Bila saya tanya kepada peserta terbabit dari mana datangnya, rupanya borang itu diedarkan awal program lagi, patutlah saya tak dapat kerana agak lewat, saya ambil gambar borang untuk mencari jawapan kenapa borang ini agak ganjil pada pandangan saya, kemudian sesi soal jawab dibuka, saya sudah bersedia ingin bertanya, malang terus berpanjangan apabila dua soalan sahaja dibuka, tidak sempat saya sampai di mikrofon untuk bertanya soalan di tengah-tengah dewan itu sesi soalan telah ditutup, saya mula rasa "semacam" , saya tahu bukan saya sahaja yang ingin bertanya tetapi tidak berkesampaian, selepas jawapan diberikan oleh Puan Sharifah, tiba-tiba beliau meminta kami berdiri, dan kemudian YDP MPP menjadi ketua membaca ikrar, saya tidak mengikutnya kerana saya langsung tidak jelas apa yang ingin diikrarkan sebenarnya. (mungkin tidak teratur seperti yang sebenar tetapi secara asas beginilah)

~MISS BAWANI MENGHANGATKAN SUASANA~

Selesai sahaja ikrar, sejurus sahaja semua dipersilakan duduk, sedang asyik Puan Sharifah bercakap di hadapan, satu suara minta untuk diberi perhatian kerana ingin melontar pendapat. Ya itu adalah Bawani. Perisitwa inilah yang menjadi bualan sekarang, dan mengegar satu Malaysia, saya mempunyai beberapa pandangan yang berbeza dalam kejadian ini.

[1] Menyokong TINDAKAN Bawani.
Saya bersetuju dengan apa yang DIPERSOALKAN oleh Bawani, sahabat-sahabat yang tidak berada di majlis berkenaan perlu tahu kami menghabiskan masa selama 3 jam untuk mendapat ilmu pengetahuan, tetapi hanya provokasi murahan dengan melabel dan mengecam "mereka" yang berhaluan kiri. Tajuk forum telah lama terbabas. Dan pihak penganjur mempersoalkan kenapa tidak bertanya sewaktu sesi soal jawab dibuka, saya rasa penganjur perlu sedar bahawasa penganjur hanya membuka 2 soalan untuk kami bertanya sedangkan TAJUK forum belum lagi terungkai! Hujah Miss Bawani cukup padu dengan fakta numberic dan perbandingan dengan negara-negara luar, syabas untuk Miss Bawani.

[2] Tidak Menyokong NADA SUARA Bawani
Saya yang berada di majlis berkenaan, kurang bersetuju dengan dengan nada suara yang digunakan oleh Miss Bawani, nada suara yang digunakan agak terbabas dari kawalan emosi, mungkin sahabat pembaca tidak bersetuju dengan pandangan ini, tapi inilah pandangan saya yang berada disana, dengan nada suara yang agak tinggi, membuatkan peserta kurang jelas apa yang diperkatakan oleh Bawani sendiri, dan jika kamu berada di tempat kejadian, kamu akan berdebar, dan kelihatan seolah satu pergaduhan "tarik rambut" akan berlaku.

[3] Sepenuhnya Tidak Bersetuju Dengan Puan Sharifah
Puan Sharifah dikatakan mempunyai pendidikan yang tinggi dan dikhabarkan cukup profesional, tetapi respon terhadap kejadian ini cukup mendukacitakan, Puan Sharifah lebih berpengalaman, Puan Sharifah lebih intelektual, Puan Sharifah lebih matang sepatutnya dalam mengawal suasana seperti ini. Dengan hujah Bawani yang matang, malangnya Puan Sharifah telah mengambil satu keputusan cukup memalukan, dengan beranalogi suatu yang tidak patut, menghina, merendahkan suara mahasiswi. Sememang wajar jika Puan Sharifah MEMOHON MAAF kepada Miss Bawani pada pandangan saya

Selesai selesai sesi "PANAS" ini, forum berlansung dengan penuh meriahnya bersama "GALAXY NOTE CLONE".

[SELEPAS PROGRAM]
Selesai forum, 2000 peserta sekali lagi diberi makanan tengah hari percuma, ramai yang berbicara kejadian panas ini, tetapi hanya berlegar di kalangan pelajar UUM, ada yang menyokong dan ada yang mengkeji tindakan Bawani. Tetapi sebulan selepas program ini berlangsung barulah isu ini tersebar dan menjadi bualan seluruh malaysia.

PANDANGAN PERIBADI PENULIS

SAYA MENYOKONG BAWANI SEPENUHNYA CUMA MUNGKIN PERLU DIBAIKI BEBERAPA PERKARA, DAN KEPADA PEMBACA NILAILAH SENDIRI. CUMA YANG MASIH MENJADI PERSOALAN SAYA, PERUNTUKAN YANG CUKUP TINGGI DIPERLUKAN UNTUK PROGRAM SEPERTI INI (2 KALI MAKAN UNTUK 2000 PESERTA, 10 GALAXY NOTE CLONE TIDAK TERMASUK SAGUHATI) DARI MANA DATANGNYA UNTUK PROGRAM YANG SEBEGINI RENDAH KUALITINYA???

Oleh : Mahasiswa UUM


p/s : sekarang ni semua orang nak orang lain dengar apa dia cakap...*phuffff..................

Wednesday, January 16, 2013

Rahsia 16 Januari~Posting!!!

Assalamualaikum...

xyah cakap banyak la sbb hari ni patutnya WORDLESS WEDNESDAY!



TAHNIAH buat rakan2 yg telah berjaya mendapat tempat posting. Khas buat budak PISMP...yg mana hari ni dah keluar nama penempatan bagi SJKC dan SJKT. Sk belum lagi...kena tunggu ye...nama akan keluar secara berperingkat menurut beberapa khabar rakan2 kita. Seyummmmmmmm!!! ^_^

Moga lepas ni berjaya menjadi guru yang terbaik okeyhhhh!!!

Aku?? Hahahah.,...xyah tanya...faham2 sendiri k!

p/s : bagi yg nak check nama untuk penempatan tu cer klik link ni : http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3053

Sunday, January 13, 2013

Siksa Jiwa Raga Aku!

Assalamualaikum~~~~

Hollaaaa readerssssss..........................!

Ok, tajuk kat atas memang xleh blah la...aku yakin sangat korang semua memang dah x sabar lagi nak tau tempat posting memasing kan?? Dengan banyak lagi 'BERITA2' tambahan...entah dari ceruk mana la dtgnya...hihihi...x terkecuali berita dari aku yg buat gempaq malam tu. Hahahaha...


Sorie la korang...aku bukan saja2 je...aku nak confirmkan je. Hihihihi...
Kesian kat kita org kan...apa la nasib sampai sekarang belum ada rezeki lagi. Bila la nak posting ni. Semua dah semangat sangat nak ngaja ni! X senang duduk...berdiri...x senang berdiri...baring...x senang baring merangkak la plak...ahahah...mcm2 je gaya menunggu! Ibarat tunggu kucing mengembek.

Jiwa kelajuan sungguh dah sekarang. Haaa...semua bajet siap2 ... 
"aku masuk sekolah nanti nak jadi cikgu terbaik"
"aku nak ngajar bebudak sampai pandai"
"aku nak tarik perhatian semua murid dengan cikgu2 sekali dengan GB sekali aku tarik" opsss....ahahah
"aku nak bajet comel sokmo"
"aku nak besarkan bisnes aku bila dah posting nanti la!"
"aku nak...aku nak..bla bla bla"

Ok, aku faham perasaan korang. Sbb aku pun tengah mengalami perasaan tu sekarang ni. Ye la mula2 cakap 10 hari bulan boleh check posting bagai. Check2 xde la jugak...then cakap lagi 16 hari bulan. Semua pakat nak serbu web KPM...ahahah...memang naik 1000% la trafik KPM. Nasib xde nuff nang, churp2 segala bagai KPM. Kalau idak memang le kaya owner dia kan. Aku ada nuff nang...tolong la klik...bagi aku rasa nikmat 'KEKAYAAN SEMENTARA' plissss....aahahha

Hahaha...sekarang aku fikir kaya je...ye la dok umah x buat pa2...pening kepala fikir kerja...buhsan! Jaga kucing je la keja aku hari2...gaduh cakar muka kucing...*aku lagi kuat cakar dr kucing dah*

Pesanan aku buat orang semua...tabahkan hati. Mesti ada sebabnya kenapa jadi mcm ni. Well...sama je pun kita dengan org lain yg tunggu keja kan. Kalau nak diikutkan ada lagi orang yang nasib dia lagi teruk dpd kita. Ada yg mintak keja banyak kali tp still x dpt2 jugak. Kita ni sbb hamba-Nya kena bersyukur dgn apa yg kita ada *bukan nak jadi ustazah ke apa saja je malam ni nak bajet suci sikit =p * hehehe...kena banyak fikir positif. Perbetulkan niat kita nak jadi cikgu ni. Jangan nanti dah dpt tau tempat posting jauh sikit dr rumah merengek...semua nak mintak pindah. Ye la sapa nak ajar budak pedalaman ye dak?? 

"Nak budak bandar la weh...senang sikit. Hujung minggu boleh enjoy joli sana sini!"
 "Alaaa...dok ngajar kat pedalaman la weh...duit P3 banyak tu  rm1500!!! Xyah belanja duit gaji. Simpan je..."

Haaa....C??? Niat tu dah serong dah kat situ. Sapa2 yg rasa niat tu dah menyerong luruskan balik. Sila ambik pembaris sbb kalo guna pita pengukur kebarangkalian senget agak tinggi...ahahaha...

Doakan la...rajin2 sembahyang ye. 5 waktu jangan tinggal (buat kwn2 yg muslim tu). Solat hajat banyak2 moga dipermudahkan jalan kita ni. Manusia ni dah susah baru nak ingat Tuhan...kalau x...huh! hampeh x ingat langsung *aku pun kdg2 mcm tu jugak*

So, member2 aku yg baca entri ni...aku doakan semoga kita semua selamat dipostingkan, lulus interview SPP dan berjaya menjadi guru cemerlang, gemilang dan terbilang!!!

p/s : semangat dah ke baca?? hihihi...makin berkobar2 ye dak?? bagus2...luruskan niat! DAEBAK!!!! FIGHTING!!! <---------------pengaruh runningman =p

Wednesday, January 9, 2013

Rancangan Pengajaran Tahunan

Assalamualaikum...post ni khas untuk para guru prasekolah, bakal guru prasekolah. Ok, kat sini sy ada attchkan beberapa contoh dalam RPT 2013 yg dah saya buat. Sebab hari tu ada yang bagitau gambar kat preschool shop tu x jelas sangat. Jadi saya attchkan kat sini supaya senang nak tengok

Apa yang best nya pasal RPT 2013 ni??

* xperlu susah2 lagi nak buat...boleh beli je
* colourfull...kemas je
* da 2 format iaitu WORD (boleh edit) PDF (print je terus...kemas & menarik)
* dari tema 1 hingga 42
* ikut KSPK
* sangat sesuai terutamanya untuk yg nak berpraktikum tu.

Gambar seperti di bawah ni ye...








Ni adalah bahan yg sy buat sendiri hasil daripada bantuan 2 guru praktikum saya iaitu Cikgu Kasmawaty (SK Sibu Jaya) & Cikgu Hayati (SK Sg Durin) ms thn 2012 dulu la. 2 mentor ni sangat berjasa bantu saya dengan bimbingan buku RPT dia org. Atas tu adalah sedikit gambaran daripada keseluruhan RPT. Ada 296 muka surat semuanya. Berminat?? PM saya d FB. Harga Rm30. Ada yg tanya, "Mahalnya??" Sy jawab senang je. "Usaha untuk buat ni bersengkang mata tu dah cukup. Sy cuma buat utk diri & org yg nak boleh beli. X ada paksaan." Semudah ABC...*mudah ke ABC??*

Kat bawah ni pulak adalah 2 buku rujukan tu. 





p/s : Ouh guruku...halalkan segala ilmu yg telah kalian berikan padaku...Tq so much! Love u 2! ;)