Tuesday, March 5, 2013

Pendidik Bumi Kenyalang!

Assalamualaikum!

Sekali lagi menerima berita gembira. Alhamdulillah...agak-agaknya memang mac ni bulan yang gembira buat aku kot. Ye la sempena bebday lagi kan. hihihi

Hari ni dapat meseg dari member sekelas suruh check nama interim. Fuhh...walaupun dah tau masa check kat JPN tu *check entry ni* memang aku masih agak berdebar. Takut jugak kalau kata-kata Puan Zaliha tu untuk sedapkan hati kita orang yang sanggup datang ke JPN je...

Well....macam biasa aku kena selesaikan kerja sebagai suri rumah separa masa dulu lepas tu baru la menyibukkan diri dengan kerja-kerja aku.

Masa nak check nama tu, aku bukak FB la. Alaa....biasa kan. Tu kan rutin aku. Dengan adanya FB tu je la aku rasa aku tau dunia. Aku ni dah la malas mengilmukan diri dengan newspaper, berita tv lagi la aku malas nak tengok. Aku bayo je astro tiap bulan. Tapi x jugak aku tengok. Astro tu semata-mata sebab adam hawa hari tu la. Kalau x memang xkan pun ada walaupun aku lama dah simpan niat nak pasang astro kat rumah.

Eh? Crita pasal astro ke? Hihihi...

Ok, Tajuk entry pun korang dah nampak kan...TAHNIAH buat diriku kerana berjaya menempatkan dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman...alala...*??*

Aku dapat interim! Yesssss!!! Alhamdulillah la wei!

Ada rasa ke? Ada sikit kot...sebab dah terkurang masa tau awal hari tu...

Esok nak g buat KWSP. Khamis pulak dah siap-siap plan dengan 2 member aku nak g JPN lagi sekali. Berdepan dengan Puan Zaliha ucap terima kasih dan tanya sekali tempat sekolah kita orang ditempatkan. Dan kali ni, aku akan tanyakan untuk semua member sekelas & kalau-kalau ada rakan yang request nak aku tanyakan boleh je. Xda masalah nye pun!

p/s : X sabar tunggu Khamis! Macam xcited je... ^_^