Friday, November 2, 2012

Kasih Hati

Ya Allah...hanya Dia saja yang tau apa aku rasa bila berita tu yang aku dengar. Betapa aku sayangkan dia. Aku tatang bagai minyak yang penuh. Aku x pernah pulak terfikir benda macam ni akan jadi kat dia di sana. Sebab aku fikir dia akan dapat yang terbaik di sana. Dijaga macam masa aku jaga dia. Aku bukan nak menyalahkan sesiapa...tu tak mungkin sebab benda ni jadi dah ditakdirkan. Cuma bagi aku, aku masih belum mampu lagi redakan kesedihan yang aku tanggung bila kehilangan dia.

Apa yang aku tau selama kami bersama memang aku ada berkasar, marah-marah kat dia. Tapi sebab aku sayang sangat dia. Kalau boleh nyamuk pun aku x bagi gigit dia. Kasih aku pada dia lebih dari kasih aku pada diri aku sendiri. Setiap masa bersama. Benda paling buat aku terasa sangat kehilangan dia...dia suka sangat naik tempat tinggi-tinggi. So, setiap kali bila aku tengok je tempat tinggi memang akan sedih sangat sebab ingat kat dia.

Ya Allah...bukan aku tak redha dengan ketentuan-Mu. Cuma aku masih merasakan yang dia masih lagi ada. Bantal tempat dia tidur...sofa lembut yang aku belikan khas untuk dia. Rantai baru yang aku baru je belikan pun aku x sempat lagi bagi kat dia. Sedihnya aku bila tengok keadaan dia malam tu. Sebelum dia pergi Kak Yah cakap dia terberak+termuntah x berhenti. Siksa sangat...

Aku ingat lagi...masa sama2 turun sekolah. Dia paling suka duduk kat seat depan. Ada aircond. Kalau boleh biar angin aircond tu kena terus kat muka dia. Manja macam budak-budak! heheh...boring duduk kat depan duduk pulak kat belakang. Dia memang suka jalan-jalan. Kita orang pernah journey to kuching from sibu then balik to sibu from kuching. Dah biasa sangat dah...dia la peneman aku. Tiap masa dia ada. Mana x aku rasa sangat kehilangan dia. Kalau balik hujung minggu pun memang aku akan pastikan dia ada bersama aku. Dan, aku x pernah lagi jumpa yang macam dia. Mungkin x kot lepas ni. Sebab walaupun yang patah tumbuh hilang berganti kata orang...tapi bagi aku tetap takkan sama dengan yang lama.

Cuba untuk buat-buat sibuk. Tapi aku tak pernah sesaat pun terlupa tentang dia. Apa je yang aku buat aku sentiasa teringatkan dia. Umpama terikat dah nyawa dan jasad. Aku sayang dia. Hubungan yang terbina antara kami baru je 9 bulan...dalam tempoh sesingkat itu aku dapat rasa dia yang terbaik. Kenapa yang aku sayang itu yang harus pergi dulu?? Ya Allah...kesempatan yang kau berikan selama 9 bulan untuk aku bersamanya belum cukup bagi aku. 

Kalau boleh aku nak bersama-sama dia untuk tunaikan impian kami. Membina sebuah ladang besar untuk strays...aku dan dia sama-sama mendirikan kehidupan comel kat situ. Tapi...x semudah yang aku rancangkan. 

Sayang...aku terluka kehilanganmu. Siksa hati cuma aku yang tau. Biar berjuta teman mengucapkan kata-kata keramat mohon aku agar terus semangat tetap nama kau yang aku semat. Antara kita telah aku ikat. Satu ikatan jiwa yang suci. Biar hidup tanpa pangkat tapi aku bahagia begini. Biar aku bersusah mencari dari celah mana kuselitkan sedikit duit buat tampungan belanja makan kita. Tapi x pernah aku merungut kekurangan duit kerana kau. Pada kau aku tumpahkan segalanya.

Pandangan mata kau, bau kau, helaan nafas kau buat aku jadi nanar bila hilangnya semua itu. Aku rindu...jujur aku coretkan aku cuma gagah di mata insan-insan. Tapi dalam aku rapuh! Aku cuma seorang perempuan berhati besar yang rapuh...

Sayang...doaku, moga kau selamat berada bersama-Nya. Aku ingin redha...bantu aku sayang biar cuma dengan semangatmu...

p/s : Kehilangan mu sukar ku cari ganti.........khas buat si comel tersayang...mimi (dalam kenangan). Meninggal pada tanggal 31 Oktober 2012.