Tuesday, June 19, 2012

Bertabuh~Gawai Dayak & Pesta Keamatan IPG Kampus Rajang

Assalamualaikum sume....hye...hye...wah semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak bermenjak menjak dah balik ip ni jarang sesangat cik Biskut dapat hapdet belog usang cik Biskut nie. Act banyak sangat setori mori yang cik Biskut nak share dengan korang sume.

Sempena dengan Gawai Dayak yang diraikan oleh semua bangsa iban/dayak di sarawak IPG Kampus Rajang juga turut melakukan perkara yang sama. Segala jenis aktiviti dianjurkan oleh persatuan iban/dayak sarawak. Yang menjadi satu keistimewaannya di sini bukan saja fokus kepada gawai dayak tetapi juga melibatkan pesta keamatan yang dirayakan oleh orang-orang di Sabah. 2 dalam 1!

Aktiviti pertama yang dijalankan sepanjang minggu ni adalah bertabuh. Ok...cik Biskut nak bagi info sedikit sebanyak dulu la ye pasal bertabuh ni. Mungkin bagi peribumi sarawak dah tau la apa tu bertabuh. Tapi bagi yg bukan, haaa info macam ni mungkin berguna untuk menambah pengetahuan....;)

Apa yang cik Biskut tau bertabuh ni adalah permainan alat muzik untuk mengiringi tarian ngajat. Tarian Ngajat sangat popular di kalangan orang Iban di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang di tarikan ketika menyambut Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dulu ia ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. 

Penari akan memakai pakaian tradisional seperti 'sirat', 'gagung'. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung adalah sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

Satu lagi cara dan gerak tari tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan. Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar. haaa...lagu iringan ini la yang dikatakan sebagai bertabuh.

Sebagai sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak, tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada suatu waktu dulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. 

Pahlawan lelaki mempamerkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.

Kini persembahan tarian tradisional yang dulunya hanya dapat dinikmati ketika perayaan Gawai dan musim menuai kini sudah diperkembangkan dan dikomersialan untuk tujuan memperkukuhkan sektor pelancongan dan memperkasakan budaya. 


Okay...dah baca? Haa...sekarang ni jom layan gambar-gambar yang cik Biskut ambil masa pertandingan.

para juri pertandingan

salah satu daripada kumpulan yang menyertai pertandingan~kumpulan DPLI

kumpulan semester 8 (Tapang Berkumbai)


Maaf kulaiti gambar kureeeng memuaskan mata. Sesapa yg ada gambar malam tu yang lebih menarik dan jelas boleh bagitau cik Biskut ye...boleh la hapdet kat sini...

Terdapat 6 kumpulan yang menyertai pertandingan iaitu kumpulan :
1) Tapang Berkumbai
2) Bujang Lelingai Manehal
3) Tembewai Bejuah
4) Ngesai ke Bulu Siga
5) PISMP BM1 Sem 2

Pemenang pertandingan bertabuh adalah Tapang Berkumbai (sem 8). Tahniah diucapkan kepada pemenang. 

p/s : Cik Biskut seronok dengar rentak tabuh tu...rasa cam nak joget2 je...ekekekeke...=p

0 Biskut bergolek:

Post a Comment

Biskut Bergolek Sedang Bercakap?