Tuesday, May 29, 2012

16 Fakta Sejarah Tentang Doraemon

Assalamualaikum...haiiii! Lamanya x hapdet kan...dah berkurun dah. Amboi...over! Mana de! Berbulan je la! Hehehehe...malas sangat kan...nampak sangat. Btw first entry saya lepas lama sangat x hapdet ni adalah pasal katun peveret hokey! DORAEMON...haaa...kalau korang nak tau sebenarnya.........
-
-
-
-
-
1. Apa maksud nama "Doraemon"?
Nama Doraemon sebenarnya diciptakan dari 2 patah kata: Dora & Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan dan emon adalah kata ganti untuk binatang jantan bagi bahasa tradisional Jepun. So, maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar.


2. Bagaimana menuliskan "Doraemon" dalam bahasa Jepun?
ドラえもん


3. Doraemon mempunyai kod pengeluaran?
Ya! Doraemon memiliki kod, iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot, & dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot di mana ia diciptakan.

4. Birthday Doraemon?
3 September 2112 adalah TARIKH di mana Doraemon terhasil. Doraemon ni lebih kurang robot masa akan datang la.


5. Doraemon mempunyai nombor ajaib?
1293
Doraemon memiliki berat 129,3 kg & tingginya 129,3 cm. Ia boleh berlari dengan kelajuan sehingga 129,3 km/jam ketika ketakutan & melompat 129,3 cm ketika diancam bahaya. Kekuatan maksimumnya 129,3 bhp. Lingkar pergelangan tangannya 129,3 mm. Kakinya berdiameter 129,3 mm. Ia dicipta pada September 3, 2112, di Kilang Robot Matsushiba.

6. Apa warna asal Doraemon? 
Warna cat asli Doraemon adalah kuning. Setelah tahu bahwa telinganya digigit tikus, So Doraemon merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara, dan meminum air ramuan berlabel "kesedihan". Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah kerana ramuan tersebut. Bersesuaian dengan pepatah english In Blue bermaksud dalam kesedihan kan. 


7. Doraemon adalah robot yang tidak sempurna dan tambahan lagi Doraemon adalah produk Sub-standard kerana banyak peralatannya tidak berfungsi dengan baik sebagai contoh loceng pemanggil kucingnya.


8. Doraemon pernah bersekolah?
Doraemon memang bersekolah. Nama sekolah Doraemon ialah Robot School (ロボット学校, Robotto Gakkō)


9. Bagaimana prestasi Doraemon di sekolahnya?
Doraemon berprestasi buruk di sekolah robot sehingga tiada yang mahu mengambil Doraemon untuk sebagai teman sehinggalah sampai bayi Sewaishi (cicit Nobita, dimasa akan datang) menyukai Doraemon dan menghantar Doraemon kepada Nobita iaitu Datuknya dimasa lalu untuk menjaga Nobita.


10. Berapa jumlah alat di poket doraemon?
Lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket doraemon mulai dari episod pertama sehingga sekarang, termasuk yang paling popular adalah Doko Demo Doa (Pintu Ke mana saja), Take-copter (Baling-baling Bambu), Kuukihou (Meriam Senapang Angin) & Time Machine (Mesin Waktu)


11. Tombol turn on/off Doraemon adalah sebuah switch berbentuk bola kecil bulat yang menjadi ekornya.


12. Tangan Doraemon memiliki kekuatan adhesive & daya sedut yang luar biasa sehingga semua benda boleh dipegang oleh Doraemon. Teknologi yang digunakan pada tangannya ini sama dengan gaya gravitai bumi dalam skala mini. Inilah yang menjelaskan bagaimana tangan Doraemon yang bulat boleh memegang barang.

13. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan sebagai kakak & adik?
Ini kerana mereka berdua "dilahirkan" dari satu tangki minyak yang sama dan "Doraemon" lahir terlebih dahulu dari Dorami (2 tahun lebih tua), sehingga ia disebut "kakak", kemudian Dorami juga disewa oleh keluarga Sewashi.


14. Bagaimana Doraemon buang air?
Sistem pencernaan Doraemon walaupun Doraemon ni adalah robot, namun mampu mengolah bahan apa pun menjadi sumber tenaga berbentuk sejenis minyak tanpa ampas. Sebab itulah Doraemon tak pernah berak.


15. Kenapa Doraemon takut pada tikus?
Doraemon takut kepada tikus kerana trauma apabila telinganya digigit oleh tikus sewaktu dia tidur siang hari.


16. Siapa nama awek Doraemon yang juga merupakan kucing asli?
Namanya adalah Mii-chan.






p/s : sumber ni saya ambik kat...X Lupa Dot Com

2 Biskut bergolek:

Post a Comment

Biskut Bergolek Sedang Bercakap?