Assalamualaikum...uolsss...
Morning ollsss...tengah aku dok syok2 melayari *melayari??* internet yg slow tahap cipan...tiba2 lak tertengok 1 post pasal aurat...So, aku baca la 1 persatu. Ceh...kena sebiji kat batang hidung...hihihih...xyah la aku cerita apa yg terkena kat aku...tapi cuba korang para muslimah sekalian baca...apa yg terkena kat batang hidung korang plak...kehkehkeh...sama2 la kita terkena ye x...hihihihi
[KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT]
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. *nenek aku cakap..."otak ekau...kalau pakai tudung x pakai baju tutup aurat mende??"*
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek...*sapa slalu buat?? jujoq la beb*
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya...*fuh...seksi kot...tapi kudis tu kasi orang tengok...weekkk....nak muntah haku!*
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'. *menggoda?? orang paham2 sendiri la ekk...*
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
*fuh...dah macam Elvis Presley la plak ada jambul segala bagai...hihiih*
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
*haaaa.....sapa terkena...sapa?? sapa??? tokono ekau?? ahahaha*
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
*ni style anak2 dara zaman sekarang yg p lepak ngan member2 dok kat tangga...*
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
*ni kalau guna shawl ke bawal ke yg nipis2 tu pandai2 la cover neck korang tu...kang x pasal2 korang + dosa tau*
Haaaa....yang ni yang paling PENTING!
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
0 Biskut bergolek:
Post a Comment
Biskut Bergolek Sedang Bercakap?