Sunday, March 10, 2013

Mata

Assalamualaikum...

Mungkin bagi yang pernah baca entri aku...tau yg aku ni jenis makhluk yang santai bicara. Tapi sebelum subuh ni aku tiba-tiba nak tulis satu entri menarik pasal sesuatu.

Mata.

Apa yang korang tau pasal mata? Ya...untuk melihat. Bukan mendengar ye...xpun bukan jugak untuk menghidu. Hebat la kau kalau menghidu guna mata. Aku salute!

Bagi aku mata tu bawa banyak rahsia. Lebih hebat kalau aku katakan mata itu wakilnya hati. Kalau x orang x akan cipta pepatah..."dari mata turun ke hati" kan?

Mata boleh melahirkan pelbagai rasa. Marah, sakit hati, sedih, geram, gembira, suka, duka, dan....cinta.

Hanya dengan mata kadang kala orang boleh faham maksud atau perkara yang cuba kita sampaikan.

Aku bukan nak jiwang pagi2 buta atau nak romantik bagai nak rak ok. Cuma aku rasa sedikit tertarik untuk berbicara soal mata ni.

Anak-anak muda sekarang ni dah x guna lagi mata ni sebaiknya, Ye la...mata bagi dia orang buat mengintai, mengendap. Kalau boleh mata tu nak membuta je keja nya kan?

Berbalik soal mata...hati-hati kalau mata sudah beralih arah. Korang pernah rasa x kalau korang merenung sesuatu mata orang cepat rasa pedih, berair...haaa...tu tanda mata korang kurang sihat. Mesti dapat tidur yang secukupnya. Eh? Apa aku melalut ni?? Hahaha...

p/s : Jangan salahkan mata kalau mata bisa bicara apa yang hati rasa...

2 Biskut bergolek:

Siti said...

mata antara anugerah plg berharga dari Allah.gunakan sebaiknya kan:)

Si Biskut Rangup said...

@Siti ha'ah...betul tu. moral nya jaga la mata sebaiknya...hihihih...

Post a Comment

Biskut Bergolek Sedang Bercakap?