Sunday, December 23, 2012

Kerja! Kerja! Kerja

Assalamualaikum wbt...

Hye readers!!! *bajet macam banyak je readers...hahahaha* Ok, fine...aku x fofular xyah cakap...aku tau! *sob...sob...sob...perlu ke fofular??*

*oh...ini memang bajet fofular ni* :p


Ok, melalut dah. Sebenarnya aku nak story sket kat korang apa jadi kat aku beberapa hari. Hihihihi...oleh sebab aku dah jadi penganggur yang berjaya sekarang ni, duit pun xda, nak shopping hati rasa cam berat je...apatah lagi nak p melancong bagai. Memang xleh la. 

Malam tadi adik aku bagitau dia nak interview jadi pembantu tadika. Aku pun terfikir something. Why not aku try jugak! At least yg aku pergi tu sama la dgn apa yg aku ambik masa study (pra).

*sista...bajet cute*

So, kita org pun pergi la. Sambil2 tu sebok gak dalam kereta ambik gambar...*bajet comel gitu!* hahahah...jangan panas dulu. Belum lagi panas cerita aku ni... :p

Sampai je kat tadika tu, kita org pun buat2 la budak baik..hahaha...masuk2 je cikgu tu terus tau yg kita org datang nak interview. Dalam ketenangan kita orang rupanya kita org lupa plak nak fotostate semua benda2 penting yg perlu dibawak masa interview. Ohmai!!! macam mana plak boleh jadi mcm ni!

Tp cikgu tu kata "xpe la...akak pun lupa jugak nak fotostate borang yg perlu korang isi ni haaaa"
Fuhhhh...lega aku! So sesi interview dijalankan serentak. Hahaha...sbb cikgu tu sebenarnya dah nak balik dah pun. 

So, dipendekkan cerita soal punya soal aku terkantoi plak yg aku budak IPG. Then...secara kesimpulannya dengan terang dan nyata xpayah guna torchlight lagi aku memang x dpt la job tu...hihihihi...


*kami...*


Lepas tu nak ubat lara di hati aku bawak la adik aku p cari kedai tukang jahit Salmah Tailor. Ye la kat Kuching ni aku tau kat situ je ada ajar orang menjahit. Sebenarnya aku nak belajar menjahit la. Minat sangat...tp oleh sebab xtau jalan aku banyak kali tunda plan nak cari Salmah Tailor ni.

Cari punya cari last2 jumpa jugak lepas tersesat dan patah balik kat check point. *hahaha...macam race la plak kan*
Sampai je kat sibu tengok2 pagar berkunci. Aku dengan selamba badak & kontrol ayunya bertanya la kat pakcik kedai sebelah. 
"Pakcik2...Salmah Tailor tutup ke hari ni??"
"Sepatutnya bukak...kalo berkunci tu tutp la agaknya"

Hok aloh! pakcik ni...saje je nak ngenakan aku. Dah sah2 tutup tu. So, aku dengan berat atinya pun melangkah la balik. Hajat di hati nak blaja menjahit terpaksa la aku tundakan...

Ronda kat Kuching Sentral palk. Tu 1st time aku datang sana. Gelabah x tau mana jalan masuk...ye la aku lama kat Sibu...mana la tau jalan Kuching. Adik aku la pemandu pelancong utk aku wpun aku yg drive keta kan. Sampai je sana memang dah rezeki kt org kot. Aku dpt keja la part time kat kedai carpet adik aku plak kedai gajet. Untung la gaji rm600. Kira dah ckp bgs la bg aku. Xyah buat apa pun. Duduk layan customer. Tu pun bukan ramai sgt yg selalu tiap hari dtg p kedai carpet. hahahaha...

Tapi...ntah mcm mana sbb kemalasan yg melanda esoknya aku x turun! Hahaha...siap aku tipu lagi kat mamat pakistan tu cakap kat dia keta aku da masalah...kuikuikui...*jahat sungguh!*

Last2...ending dia...aku dok umah sampai la ni. X dak buat apa2. Yg aku buat dok layan Runningman je...ahaha...gelak sakan sorang2 kat umah. Ye la...adik2 aku sekolah. Parent lak g keja...hahaha....seronok gilerr kot dok umah xda sapa kacau. Tapi dah lama2 bosan jugak...xde keja. So, ada jugak la aku mengasah bakat buat Bahan Bantu Mengajar (BBM), Lembaran Kerja (LK), Rancangan Pengajaran Harian (RPH) & Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT). Hihihih....seronok sbb minat. Nanti aku update pasal benda2 tu semua k.

p/s : Sampai sini je karangan 5000 patah perkataan aku hari ni. Kalau ada mood aku update lagi...harharhar...

2 Biskut bergolek:

Puteri Auni Kamaruzzaman said...

Sejibik la muka . hehe :)
Do read my new entry , comment la ye nanti :))

Si Biskut Rangup said...

@Puteri Auni Kamaruzzaman hihihi...ye ke?? slalu org kata x sama :p okay dear :)

Post a Comment

Biskut Bergolek Sedang Bercakap?