Assalamualaikum...wah! Tajuk...hangit tak hengat ye. Heheheh...pagi-pagi cemgini Cik Biskut nak bercakap pasal satu benda yang memang boleh buat orang gado-gado la. Baru ni je cik Biskut berbahas dengan beberapa member la tentang perkahwinan. Apa?? Cik Biskut nak kawen? Ahakkkksss...nak...nak! Sape tak nak kawen. Kawen kan salah satu daripada tuntutan kita sebagai manusia dan sebagai umat Rasulullah jugak kan. Memasang impian nak kawen tu satu perkara yang mulia sangat. Tapi...haaa....ada tapinya. Cik Biskut bukanlah orang yang nak kawen tu. Hihihih...
Okay...tadi Cik Biskut post la satu gambar di FB. Tentang hantaran perkahwinan. Mengikut tahap-tahap tertentu. Ya, Cik Biskut tau ramai orang fikir sekarang ni tinggi hantaran tu maka makin tinggi la pelajaran atau pendidikan yang diterima oleh si penerima hantaran. Macam tu ke? Hurmmm....cik Biskut sebenarnya sangat-sangat tak bersetuju dengan syarat hantaran yang macam tu. "Habis tu...tak guna la belaja tinggi-tinggi sampai dapat degree wat so ever kan??" Alamak...ke situ pulak dah pemikiran orang kita ye. Cik Biskut tak maksudkan kita tak payah belaja tinggi-tinggi. Adui, susah jugak nak terangkan dengan orang ye. Hehehe...*hati2 bercakap ni kalo boleh xnak ade yang terkecik ati*
gambar hanya hiasan semata-mata
Memang sebagai orang tua atau penerima hantaran, kita berhak menetapkan berapa hantaran yang kita nak. Tapi kita kena la beringat. Kalaulah si polan tu bukan jenis yang mampu nak bagi sebanyak tu x ke naya jadinya. Anak merajuk x nak kawen. Kena tinggal macam tu je. X pun si polan tu mampu sediakan hantaran sebanyak tu tapi rupanya dia berhutang dengan pihak bank or sesapa demi nak puaskan keinginan si penerima hantaran tadi. Bila dah kawen sampai beranak pinak hutang kawen tu masih jugak belum langsai. Lagi satu masalah timbul. Mana nak sara keluarga lagi...mana nak simpan duit lagi. Kesian kat orang yang tak mampu la kan. Bagi yang mampu x apa...xda halangan. Silakan. Bagilah sebanyak mana yang mampu. tapi, ingat! Jangan riak...
gambar hanya hiasan semata-mata
Sebabnya orang sekarang ni suka tau besar2kan pasal hantaran. "Eh, anak Limah hari tu kawen hantaran 15 ribu..." "Ha'a?? Ye ke?? Eh, kau tau anak Yah tu kawen hantaran 3 ribu je. Belaja tinggi tak guna. Ke dia dah buat sesuatu..." <----see??? Pemikiran ortodoks masyarakat kita la ni. Hehehehe...Sebab tu la pasangan yang bercinta tu (termasuk cik Biskut sendiri la) kena beringat kalau nak kawen carilah pasangan yang sekufu'. Nak tau apa dia sekufu'?? Setaraf! Tu salah satu syarat penting bila kita mencari pasangan. Jangan main hentam kromo je ye.
Tiada jurang perbezaan yang besar. Seeloknya tidak ada jurang umur, status sosial, pendidikan yang terlalu besar antara calon suami dan isteri. Perbezaan yang jauh daripada aspek yang dinyatakan tadi akan menyukarkan lahirnya keserasian dan keharmonian dalam kehidupan berkeluarga. Oleh kerana itu beberapa mazhab mensyaratkan adanya kufu'(setaraf) antara calon suami dan isteri.
Haaa...faham tak? Sebenarnya...masyarakat melayu kita ni sangat berpegang teguh dengan adat. Macam-macam adat yang ada kan. Kita kena tau adab ni adalah budaya kita dan cara hidup kita. Tapi jangan la sampai terlalu obses. Sampaikan bila kita tak buat kita rasa macam orang mengata-ngata kita. Cik Biskut bagi contoh lagi la ye...makin meriah majlis kawen tu, maka makin bangga si mempelai dan ibu bapak dia orang. Kan dah menimbulkan riak...:) Kalau semua nak tau hantaran ni tak la wajib dalam Islam pun nye tau! Haaa....dan...dan...dan...selalu hantaran yang kebabom ni la yang selalu menjadikan status perkahwinan tu high level. Oh...oh...oh...mcm mana nak kawen ni *Biskut bingung sudahhhh*. Dalam Islam cuma ada istilah mahar atau mas kawen sahaja. Tidak ada benda hantaran bagai ni. Adat kita je ada hokeyh. Jauh sekali istilah serba satu, serba dua, serba tigam serba empat, serba serbi!
gambar hanya hiasan semata-mata
Apa yang WAJIB kepada pengantin lelaki sediakan, barulah kita kembali kepada aksesori terkininya iaitu hantaran. Yang WAJIB kepada Pengantin Lelaki ialah Mahar @ Mas kahwin. Mas kahwin dalam bahasa agama dikenali dengan enam macam istilah: Al-Mahr, As-shadaq As-shadaqah, atau fariidhah, An-Nihlah, Al-Hibaa'a, Al-Ajr, Al-Aqr, Al-'alaa'iq. Kalau dirangkum dari sudut Istilah Fiqh nya bererti: pemberian dari suami kepada isterinya sebagai tanda kesungguhan cinta dan tanggungjawabnya, bukan sebagai bayaran. Mahar adalah syarat sahnya pernikahan, wajib ditunaikan seperti permintaan isteri ( Selama suami mampu ) kalau tidak disebutkan jumlahnya maka mengikuti mahar yang berlaku umum [ Mahar Misil]. Sengaja meninggalkan memberi MAHAR, membatalkan pernikahan. Mahar itu boleh berupa barang atau manfaat seperti mengajarkan membaca, menulis dan sebagainya.. Silakan buka kembali Fiqih Sunnah, Subulussalam, Bidayatul Mujtahid, masing di BAB: As-Shadaaq )
Dalil kewajipannya :وَآَتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً
yang bermaksud “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskawin-maskawin mereka sebagai pemberian yang wajib”.
Dalam buku Kursus Perkahwinan dan Kekeluargaan Menurut Islam, terbitan Pustka Ilmi,pada muka surat 84, dengan jelas menyatakan “ Mahar @ Mas Kahwin, boleh dijelaskan secara TUNAI dan boleh juga BERHUTANG.
HANTARAN hanyalah tradisi @ adat yang telah berakar umbi di dalam masyarakat kita. Sedangkan tidak ada 1 dalil pun di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah yang menyatakan mesti menyediakan pemberian HANTARAN untuk pengantin wanita. Rasulullah menyarankan agar kita mempermudahkan urusan perkahwinan, dengan merendahkan nilai Mas Kahwin dan menyegerakan walimah [ Kenduri Kahwin]. Andai pengantin lelaki dibebani dengan urusan menyediakan Wang Hantaran berupa serba satu, serba dua atau belanja hangus, serba serbi atau terpaksa menyediakan belanja kenduri, ini satu bebanan yang hanya akan melambatkan proses pernikahan itu. Kalau pihak Lelaki tidak mampu menyediakan wang Hantaran ini, bermakna tak dapatlah dia kahwin . Tak dapatlah dia berkahwin untuk menjaga kesucian diri dan kemurnian maruahnya? Kekadang, jadi macam satu perlumbaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain, perawan manakah yang lebih tinggi nilai hantarannya.. Maka ia telah jauh daripada Ruh Islam yang yang inginkan kita saling bantu membantu dalam perkara kebaikan, kebajikan & taqwa.
Firman Allah :وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىDan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa
Pendapat cik Biskut la ye...Hantaran yang besar-besar atau kecil-kecil ni bukanlah satu perkara pokok yang perlu kita nak kirakan sangat. Ianya bukanlah satu perkara yang boleh menjadi asas yang kukuh dalam agama Islam. Tak ke akan menimbulkan kesalahfahaman tentang perkahwinan dan menimbulkan kesukaran bila si lelaki terpaksa berhutang semata-mata kerana menyediakan hantaran yang tak masuk dek akal (berpada-padala ye...). Cubalah bayangkan...kalau dalam Islam mahar atau mas kawen yang WAJIB tu pun boleh disediakan secara berhutang, takkan hantaran yang tak wajib tu yang sekadar adat menjadi tuntutan utama?? Andailah terpaksa berhutang sekalipun, cik Biskut harap sangat korang fikirkan jangan sampai hutang tu membelenggu korang. Awal2 kawen dah sebok nak bayar hutang je...mana nak aman damai malayari bahtera *cehh...hihihi*.
p/s : Fikir2kan la...Kalau ada yang tak setuju dengan pendapat cik Biskut diingatkan...ni adalah pendapat cik Biskut lepas mengkaji benda ni. Kesempurnaan kehidupan berumahtangga adalah satu jaminan pemproducesan generasi cemerlang hokeyh! Berbincang le elok2 sesama bakal keluarga agar dapat sama2 membina Baiti Jannati :)
2 Biskut bergolek:
setuju..jgn kelak ketegal hantaran beribu,masjid tunggang langgang.. cukuplah dgn mas kawin yg wajib n kenduri yg serba sederhana. tp mun mmpu apa salahnya..
@Mieyna
bena ya...ya yg kmk heran dgn org knek tok kowh...bedengah nak molah besar2 simple jak pun ok asal syarat menghebahkan..biar x timbul fitnah. biasala...dunia...
Post a Comment
Biskut Bergolek Sedang Bercakap?